Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Dr Siti Hasmah Melawat...

KUALA LUMPUR - Isteri Perdana Menteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali meluangkan...

Aliran Trafik Dari Utara...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik dari utara dan selatan di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus)...

88,917 Unit Rumawip Dibina,...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 88,917 unit pembinaan kediaman mampu milik di bawah program...

ARC 2018: Langkah Pertama...

KUALA LUMPUR - Malaysia memiliki potensi beraksi di Piala Dunia buat kali pertama...

‘Karen’ Dikompaun RM3,000

KUALA LUMPUR – Wanita warga asing yang menimbulkan kekecohan kerana dihalang masuk ke sebuah butik mewah di KLCC oleh kakitangan butik dikompaun RM3,000 atas dua kesalahan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, berkata kompaun dikeluarkan hari ini mengikut Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPDPPB) 2021.

“Dua kompaun dikeluarkan ke atas individu terbabit yang mana setiap satu kesalahan berjumlah RM1,500.

“Kesalahan pertama ialah tidak mematuhi arahan Ketua Pengarah Kesihatan apabila gagal mendaftar masuk ke premis menggunakan aplikasi MySejahtera di kawasan capaian internet yang luas.

“Kesalahan kedua pula ialah tidak mematuhi arahan Ketua Pengarah Kesihatan apabila gagal memakai pelitup muka ketika berada dalam premis,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, polis dilaporkan memanggil seorang wanita warga asing untuk dirakam keterangan selepas satu klip video menunjukkannya menimbulkan kekecohan ketika dihalang masuk ke sebuah butik mewah di KLCC oleh kakitangan butik terbabit kerana tidak memakai pelitup muka.

Polis mengesan klip video yang tular di media sosial sebelum satu siasatan dijalankan berhubung pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) yang dilakukan wanita itu yang digelar sebagai ‘Karen’ oleh warganet. – BH Online


https://youtube.com/shorts/kmIlumRJRjc?feature=share

IKUTTI TWITTER MYNEWSHUB DI SINI 

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori