Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Kerjasama Lebih Adil Bantu...

PORT MORESBY, Papua New Guinea - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata...

Selangor Sedia Bantu Mangsa...

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor sedia menghantar bantuan bagi membantu mangsa banjir di...

Malaysia Zahir Bimbang DoJ...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Malaysia menzahirkan rasa bimbang susulan kegagalan Jabatan Keadilan (DoJ)...

Video: Ujikaji ‘Bodoh’ Terima...

VIDEO seorang wanita menjalankan ujikaji dengan membakar kepingan keropok yang dibelinya konon dakwa...

Kedudukan 3 Bekas ADUN Di Peringkat Akhir Perbincangan – Anwar

PORT DICKSON – Kedudukan tiga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka untuk bertanding atas tiket gabungan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kini di peringkat akhir perbincangan.

Bagaimanapun, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebarang keputusan tersebut mestilah mengambil kira tindakan mereka sebelum ini yang menyatakan sokongan terhadap PH bagi mengembalikan mandat parti itu untuk mentadbir Melaka.

“Sekarang, kita ada masalah untuk menolak begitu sahaja seperti yang diharapkan sesetengah (pihak) dalam media sosial, itu tidak tepat. Mereka sokong untuk kembalikan mandat kita.

“Keduanya, persefahaman mereka itu adalah untuk mereka bersama dan kemudian kalau mereka ambil keputusan, mereka sudah jangka mereka akan dipecat oleh partinya iaitu UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), oleh yang demikian, kita mahu ketepikan begitu sahaja, tidak boleh,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Sumbangan Bakul Makanan Sempena Deepavali di Dewan Orang Ramai Kampung India, Bukit Pelandok, Chuah di sini hari ini.

Tambah Anwar, beliau juga tidak bersetuju terhadap pandangan yang menganggap tindakan kumpulas bekas ADUN itu sama seperti ‘Langkah Sheraton’ sebelum ini.


“Saya akan berbincang dengan kepemimpinan di Melaka dan kemudian kepemimpinan PH untuk mengambil kira hal-hal ini sebelum kita buat keputusan.

“Tetapi, saya kurang bersetuju untuk orang longgokan mereka sebagai satu kumpulan sama dengan Langkah Sheraton umpamanya yang mengkhianati amanah rakyat. Ini mereka mahu kembalikan amanah kepada PH, itu pertimbangan, walaupun saya faham, saya ikuti juga komen yang agak kontroversi dan hangat,” katanya lagi.

Kedudukan tiga bekas ADUN Melaka iaitu Datuk Seri Idris Haron, Datuk Noor Effandi Ahmad dan Datuk Nor Azman Hassan sama ada mereka diberi peluang bertanding mewakili PH dalam PRN Melaka masih menjadi tanya selepas belum ada keputusan mengenainya walaupun tarikh penamaan calon tinggal kira-kira seminggu lagi.

Bagaimanapun, PH sebelum ini telah membuat keputusan untuk menolak seorang lagi bekas ADUN iaitu Datuk Norhizam Hassan Baktee daripada menjadi calon mereka dalam PRN Melaka. – Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori