Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kereta Peniaga Ditembak Di...

MELAKA - Seorang peniaga wanita nyaris maut apabila keretanya ditembak di Jalan Bertam...

KKMM Kaji Tambah PJK...

KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) sedang mengkaji untuk menambah jumlah...

Islam Dibuli, Tidak Selamat...

ARAU - Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menyifatkan realiti politik...

Malaysia Catat Pertumbuhan KDNK...

EKONOMI Malaysia mencatatkan pertumbuhan positif sebanyak 5.0 peratus pada suku pertama 2022 berbanding...

Kerajaan Pastikan Rakyat Tak Terbeban Harga Minyak Naik

KUALA LUMPUR – Kerajaan sentiasa mengkaji dan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengurangkan beban rakyat susulan trend peningkatan semula harga minyak mentah di pasaran global ketika ini yang mencecah AS$80 (RM334.24) satu tong.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata kerajaan turut meneliti pelbagai perkara kepentingan pengguna walaupun Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) memutuskan negara perlu meningkatkan pengeluaran petroleum.

“Mesyuarat OPEC malam tadi, memutuskan supaya kita meningkatkan pengeluaran petroleum kepada 400,000 tong sehari.

“Ia bagi menstabilkan harga minyak mentah di pasaran global dan akan berlangsung dalam tempoh beberapa bulan.

“Ini penting kerana pada 1 Oktober lalu, harga minyak mentah di pasaran global mencecah AS$80. Seperti kita sedia maklum harga siling diesel RM2.15 dan petrol RON95 RM2.05 per liter.

“Dalam hal ini, kerajaan sentiasa mengkaji perkara ini dengan mengambil kira pelbagai aspek bagi mengurangkan beban pengguna di Malaysia,” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Wong Hon Wai (PH-Bukit Bendera) berhubung keadaan sekuriti krisis tenaga global dan hala tuju bagi meningkatkannya di negara ini pada Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, hari ini.

Sementara itu, Mustapa berkata, kerajaan menerusi Unit Perancang Ekonomi (EPU), Kementerian Alam Sekitar dan Air serta Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) bersama pihak berkepentingan lain sedang merangka Dasar Tenaga Negara (2021-2040).

Katanya, dasar itu bertujuan meningkatkan daya tahan ekonomi dan jaminan bekalan tenaga, mencapai kesaksamaan dan keadilan sosial serta memastikan kelestarian alam sekitar.

Beliau berkata, Malaysia pada tahap sekarang tidak menghadapi masalah berkaitan bekalan tenaga seperti krisis yang berlaku di beberapa negara, termasuk China, Eropah dan India.


Katanya, krisis tenaga di negara berkenaan berpunca akibat peningkatan permintaan gas asli bagi menghadapi musim sejuk.

“Krisis tenaga di negara berkenaan juga didorong peningkatan harga arang batu dan gas asli. Sebagai contoh, harga arang batu pada awal tahun ini sekitar AS$80 (RM334.24) satu tan, sekarang telah mencecah sekitar AS$200 (RM835.60) satu tan pada Oktober 2021,” katanya.

Menjelas lanjut, Mustapa berkata, sekuriti tenaga mempunyai banyak aspek, termasuklah keselamatan bekalan tenaga jangka panjang bagi menyediakan tenaga selaras perkembangan ekonomi dan kelestarian alam sekitar.

Bagi sekuriti tenaga bagi jangka pendek, katanya, ia merujuk kepada kemampuan sistem tenaga untuk segera bertindak balas terhadap perubahan mendadak dalam keseimbangan penawaran dan permintaan.

“Sekuriti tenaga amat penting bagi sesebuah negara. Kerajaan melalui Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri, KeTSA dan pelbagai agensi sentiasa melaksanakan langkah bersesuaian bagi memastikan ia terjamin pada setiap masa.

“Alhamdulillah, negara kita berada dalam keadaan baik kerana sumber penjanaan elektrik negara berjaya dipelbagaikan, iaitu 47 peratus arang batu, manakala gas asli (41 peratus) dan tenaga boleh baharu termasuk hidro (12 peratus).

“Rizab margin kapasiti terpasang elektrik di Semenanjung adalah tinggi iaitu sebanyak 38 peratus dengan kapasiti terpasang kira-kira 27,000 megawatt (MW) berbanding permintaan maksimum, kira-kira 19,000 MW,”katanya.

Beliau turut berkata, jumlah bekalan tenaga di Malaysia disumbangkan melalui sumber membabitkan 41 peratus gas asli; manakala minyak mentah (25.8 peratus); arang batu (22.3 peratus) serta hidro dan lain-lain tenaga boleh baharu (6.2 peratus). – BH Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori