Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Bonda Sultan Johor Kembali...

JOHOR BAHRU - Bonda kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar iaitu Enche' Besar...

Kisah Di Sebalik Tangisan...

Anugerah Juara Lagu pada tahun ini dijangkakan mencatat persaingan sengit. Lihat sahaja barisan...

Ketam Berbulu Diberikan Percuma...

Buat penggemar haiwan dari kumpulan krustasea itu, berita ini pasti membuatkan anda teruja.Mana...

Rakan Mohon Netizen Dengar...

BELUM selesai lagi percakaran 'manja' antara bekas peserta Clever Girl, Kiera dan rapper...

Kes Aktif Covid-19 Bawah 120,000

PUTRAJAYA – Pesakit sedang dirawat dan diasingkan semakin menurun di bawah angka 120,000 dengan 116,596 kes dilaporkan semalam.

Menurut data pada laman web CovidNow, angka tersebut melibatkan 92,513 kes dikuarantin di rumah, 15,578 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 7,746 kes di hospital, 351 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 408 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, sebanyak 64 kematian dilaporkan dan tiada kematian sepanjang tempoh 24 jam semalam, menjadikan jumlah kematian Covid-19 sebanyak 27,329 kes.

“Terdapat 14 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID), menjadikan jumlah kes BID sebanyak 5,514 kes.

“Kesemua kes kematian dilaporkan di Kelantan (14), Selangor (11), Johor (9), Perak (7), Sabah (7), Kedah (5), Sarawak (3), Terengganu (3), Pahang (2), Melaka (1), Perlis (1) dan Pulau Pinang (1) serta tiada kematian di Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya,” menurut laman web tersebut di sini hari ini. – K! ONLINE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori