Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Pelacur Terkencing Dalam Seluar...

GEORGE TOWN - Seorang wanita warga Thailand yang dipercayai menawarkan khidmat seks atau...

Ahmad Zahid Bakal Pengerusi...

KUALA LUMPUR - Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming memberi bayangan...

Takoyaki Pandu Lalu Laris

PAPAR: Pengalaman bekerja di luar negara mencetuskan idea untuk seorang anak jati daerah...

Seluar Dalam Kim Chol...

SHAH ALAM - Seorang pakar hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa...

KKM Beli Molnupiravir Rawat COVID-19

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini menandatangani surat akujanji (Letter of Undertaking) bagi pembelian ubat antiviral Molnupiravir dengan Merck Sharp & Dohme.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata menerusi perjanjian berkenaan, kerajaan bersetuju untuk membuat perolehan sebanyak 150,000 pakej rawatan lengkap (patient courses) bagi merawat pesakit COVID-19.

Katanya, perolehan yang dibuat itu sebagai persediaan negara dalam memulakan peralihan ke fasa endemik iaitu hidup bersama COVID-19 dengan menambah pilihan rawatan inovatif baharu sebagai ‘senjata’ melawan virus.

“Kajian yang dijalankan oleh Merck Sharp & Dohme mendapati Molnupiravir mampu menurunkan kadar kemasukan ke wad sebanyak 50 peratus selain turut berkesan terhadap varian virus COVID-19 yang lebih ganas seperti Gamma, Delta dan Mu.

“Bagaimanapun, ingin dinyatakan walaupun terdapat ubat Molnupiravir, ia bukan bermakna vaksin tidak diperlukan lagi kerana fungsi pelalian berkenaan adalah untuk mengurangkan jangkitan dan mencegah daripada mendapat jangkitan yang lebih teruk,” katanya.


Khairy menambah, ubat Molnupiravir tidak boleh mencegah jangkitan sebaliknya ia hanya bermanfaat kepada individu yang sudah dijangkiti.

“Kita memerlukan kedua-dua kaedah (vaksin dan ubat) untuk menurunkan beban penyakit COVID-19, sekali gus memberikan impak yang lebih besar dalam usaha pencegahan dan kawalan penularan jangkitan virus.

“Dalam masa yang sama, KKM kini giat memantau perkembangan pembangunan ubat-ubatan berkaitan rawatan pesakit COVID-19 di seluruh dunia untuk memastikan negara tidak ketinggalan untuk mendapatkan rawatan terbaik kepada penduduk,” katanya. – BH Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori