Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

PAS Kedah Sasar Ada...

ALOR SETAR - PAS Kedah mengakui sudah mempunyai 'bank calon', satu konsep di...

Program Pemutihan PATI 3P...

KUALA LUMPUR - Jabatan Imigresen (imigresen) menjelaskan Program Pemutihan Pendatang Asing Tanpa Izin...

Warga Asing Bunuh Anak,...

Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan semakan semula hukuman mati...

Pencemaran Sungai Muda: 4...

SUNGAI PETANI - Empat pekerja kontrak warganegara Indonesia dihadapkan di Mahkamah Sesyen, di...

Kontraktor Bumiputera ‘Anak Tiri’ Projek ECRL?

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan (MOT) menafikan kenyataan mendakwa tidak wujud penyertaan kontraktor Bumiputera dalam Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

MOT melalui kenyataannya tadi memaklumkan, terdapat 81 syarikat majoriti Bumiputera menyertai projek ECRL dengan nilai sebanyak RM320 juta sehingga 31 Ogos lalu.

Menurutnya, ini adalah 10.67 peratus daripada keseluruhan nilai penyertaan Bumiputera dirancang iaitu sebanyak RM3 bilion.

Katanya, fakta ini harus dilihat dalam konteks kemajuan projek bernilai RM50.3 bilion seperti dimaklumkan Menteri MOT, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong di Parlimen semalam.

“Sebanyak 81 syarikat Bumiputera ini berjaya melepasi latihan pra – kelayakan yang diadakan pada 2017 dan 2019 serta memperoleh kontrak mereka secara kompetitif melalui tawaran dengan kontraktor utama Kejuruteraan, Perolehan, Pembinaan dan Pentauliahan (EPCC).

“Mereka merangkumi 43 kontraktor, dua firma perunding serta 36 vendor dan pembekal,” katanya.

Kenyataan MOT ini merujuk kepada beberapa laporan berita yang memfokuskan pertanyaan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mengenai penyertaan kontraktor Bumiputera dalam Projek ECRL.

Ketika itu, isu ECRL ini dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd RamliĀ di Dewan Rakyat pada 5 Oktober lalu.


MOT berkata, secara keseluruhan jumlah penyertaan kontraktor tempatan bagi projek ECRL mempunyai nilai sebanyak RM4.59 bilion dari jumlah yang dirancang sebanyak RM10 bilion (45.9 peratus) dengan 1,368 syarikat mengambil bahagian.

Katanya, di bawah Perjanjian Tambahan (SA) No 6, kadar peratusan efektif penyertaan syarikat Bumiputera dalam projek ECRL juga akan dinaikkan dari 30 peratus kepada 32.9 peratus.

“Ini menunjukkan komitmen kontraktor utama aspek Kejuruteraan, Perolehan, Pembinaan dan Pentauliahan (EPCC)bagi meningkatkan peratusan penyertaan kontraktor Bumiputera dan tempatan dalam projek mega ECRL.

“Perkara ini juga adalah hasil daripada penubuhan Jawatankuasa Khas Penyertaan Kontraktor Tempatan dan Bumiputera di dalam Projek ECRL pada Oktober tahun lalu yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha MOT, Datuk Isham Ishak untuk memastikan penyertaan warga tempatan dan Bumiputera dalam projek ECRL.

“Secara keseluruhan MOT komited untuk memperingkat dan mengembangkan keupayaan syarikat tempatan supaya mereka dapat turut bersaing dalam projek-projek mega seperti ECRL yangĀ menjadi pemangkin pertumbuhan masa depan negara,” katanya. – myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori