Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Biak Nyamuk Aedes, Syarikat...

KUALA LUMPUR - Sebuah syarikat pembinaan didenda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret Ampang di...

2 Beradik Lemas Di...

BUKIT GANTANG - Jenazah dua beradik yang mati lemas di dalam kolam bekas...

Air Timor Dulu Untung...

DILI - Air Timor mendakwa pemerintah Timor Leste sengaja menghancurkan satu-satunya syarikat udara...

40 Unit Rumah Setinggan...

TAWAU - Empat puluh unit rumah setinggan di Kampung Buayah di sini musnah...

Lebih 8 Juta Individu Dijangka Terima Dos Ketiga Vaksin

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan menganggarkan kita-kira 8.75 juta individu akan diberikan suntikan dos ketiga pelalian COVID-19, bagi meningkatkan tahap perlindungan golongan rentan terhadap wabak itu.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, berkata jumlah penerima dos ketiga itu meliputi petugas barisan hadapan kesihatan, keselamatan dan pertahanan.

Selain itu, katanya, jumlah berkenaan merangkumi pesakit kurang daya tahan imun, warga emas dan individu yang tinggal atau bekerja di pusat jagaan serta individu dengan komorbid.

“Anggaran penerima dos ketiga terdiri daripada 600,000 petugas barisan hadapan kesihatan, keselamatan dan pertahanan; serta 150,000 pesakit kurang daya tahan imun.

“Selain itu, seramai tiga juta warga emas dan individu yang tinggal atau bekerja di pusat jagaan jangka panjang; dan lima juta individu dengan komorbid,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau menjawab soalan Cha Kee Chin (PH-Rasah) yang bertanya tarikh dos ketiga vaksin COVID-19 akan diberikan serta kaedahnya.


Mengulas lanjut, Khairy berkata, keutamaan dos tambahan vaksin itu kepada kumpulan berisiko tinggi, seperti pemberian dos ketiga vaksin COVID-19 yang akan dilaksanakan apabila liputan imunisasi populasi dewasa melebihi 80 peratus.

Katanya, terdapat dua jenis dos tambahan, iaitu dos ketiga yang diberikan kepada golongan rentan kerana dua dos tidak mencukupi untuk meningkatkan tahap imuniti, serta dos penggalak yang diberi kepada individu biasa bagi meningkatkan tahap imuniti yang menurun dalam tempoh tertentu, selepas dos lengkap.

Ketika ini, katanya, Kementerian Kesihatan menyelaras pembangunan satu garis panduan berkaitan pemberian dos tambahan.

“Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) yang bersidang pada 8 Oktober lalu memberi kelulusan bersyarat bagi penggunaan vaksin Cormirnaty keluaran Pfizer sebagai dos penggalak,” katanya. – BH Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori