Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

2 Jemaah Haji Malaysia...

MAKKAH - Dua jemaah haji Malaysia kecut perut apabila 'dicekup' pihak berkuasa Arab...

Air Pasang Besar: Elak...

KUALA TERENGGANU : Orang ramai dinasihatkan supaya menghindari dan tidak melakukan aktiviti di...

JAWI Tangkap 18 Individu...

JABATAN Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menangkap 18 individu kerana tidak berpuasa...

Jumlah Usahawan Wanita Malaysia...

KUALA LUMPUR - Jumlah usahawan wanita di Malaysia semakin meningkat sejak beberapa tahun...

Malaysia Mahu Wujud Hubungan Dengan Israel?

PUTRAJAYA – Malaysia secara tegas menafikan kenyataan oleh menteri Israel semasa wawancara dengan Erem News baru-baru ini yang mendakwa Malaysia mungkin akan menyertai Perjanjian Abraham dan menormalkan hubungan dengan Israel.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdulllah pada Rabu berkata, Malaysia teguh dengan komitmennya yang sentiasa menyokong perjuangan rakyat Palestin dan menentang pencerobohan Israel yang berterusan serta penindasan sistematik di bumi Palestin.

Beliau berkata Malaysia akan terus aktif melaksanakan agenda bilateral Palestin, termasuk dalam berbagai forum serantau dan antarabangsa untuk merealisasikan aspirasi rakyat Palestin demi kebebasan dan Negara Palestin yang merdeka.

“Sokongan berterusan Malaysia kepada perjuangan Palestin juga sebagai pengiktirafan terhadap aspirasi generasi baharu pejuang dan aktivis Palestin,” katanya dalam satu kenyataan.

Saifuddin berkata Malaysia akan terus memberikan sokongan politik dan moral, serta bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin dan menerusi organisasi antarabangsa seperti Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) di Timur Dekat serta memudahkan kerja-kerja pertubuhan masyarakat awam Malaysia bagi rakyat Palestin.


Menurut laporan media, Menteri Kerjasama Serantau Israel, Issawi Frej pada Isnin berkata bahawa Oman, Tunisia, Qatar, dan Malaysia mungkin menyertai Perjanjian Abraham.

Bekas pentadbiran Amerika Syarikat Donald Trump memulakan Perjanjian Abraham 2020, yang menyaksikan beberapa negara iaitu Emiriah Arab Bersatu, Bahrain, Sudan dan Maghribi, menormalkan hubungan dengan Israel. – BERNAMA

Baca: Anak Bill Gates Kahwin Dengan Pemuda Muslim

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori