Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

627 Rumah Mampu Milik...

JASIN - Sebanyak 627 unit rumah mampu milik akan dibangunkan menerusi Projek 'My...

Masakan Mak Cik Felda...

SIAPA tidak kenal Chef Wan malah kehadiran selebriti ini nyata memeriahkan Pertandingan Dapur...

Tabung Khas Bantu Perjuangan...

KUALA LUMPUR - UMNO menubuhkan tabung khas bagi menjalankan aktiviti parti dan berharap...

Kurang 50% Buang Undi...

SHAH ALAM - Proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN)...

Malbatt 850-9 Disertai Anggota Wanita Paling Ramai

PETALING JAYA – Penghantaran Kumpulan Pertama Malaysian Battalion 850-9 (Malbatt 850-9) buat kali pertama dalam sejarah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menampilkan jumlah anggota wanita paling ramai sejak ATM terbabit dalam misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (Unifil).

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, Malbatt 850-9 adalah lebih istimewa kerana ia disertai 11 pegawai dan 75 anggota lain-lain pangkat (LLP) wanita daripada keseluruhan 854 orang anggota dan pegawai.

Beliau berkata, bukan itu sahaja, kesemua mereka ini akan melaksanakan misi secara berterusan selama setahun berbanding enam bulan secara penggiliran sebelum ini.

“Ini bukan sahaja membuktikan keupayaan dan kredibiliti anggota wanita ATM malah ia turut selari dengan keperluan semasa Unifil yang sememangnya lebih ramai penglibatan anggota wanita bagi melaksanakan tugasan berkaitan kemasyarakatan.

“Saya juga amat kagum apabila dimaklumkan bahawa buat pertama kalinya pasukan Malbatt akan disertai seorang pegawai awam wanita daripada Bahagian Kewangan Kementerian Pertahanan iaitu Farah Zamirah Farush Khan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pemakaian Beret Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Penyerahan Bendera Malaysia dan Penghantaran Kumpulan Pertama Malbatt 850-9 ke Lubnan di Pangkalan Udara Subang di sini, semalam.

Sementara itu, mengenai penempatan Malbatt 850-9 di Lubnan, Hishammudin berkata, mereka akan ditempatkan di dua penempatan tetap iaitu Kem Ma’rakah serta Kem Tibnin dan akan melaksanakan tugas-tugas operasi yang diberikan oleh Unifil khususnya di kawasan tanggungjawab.


“Tahun ini, pasukan Malbatt 850-9 sekali lagi disertai Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dengan kekuatan 30 anggota. Ini merupakan hasil hubungan serumpun yang erat serta kerjasama pertahanan yang akrab antara Malaysia-Brunei sejak sekian lama,” katanya.

Hishammuddin berkata Malbatt 850-9 akan diatur gerak ke Lubnan secara berperingkat bermula hari ini dan bakal menggantikan Malbatt 850-8 yang akan tamat operasi 12 bulan pada 13 November ini.

Kekuatan keseluruhan Malbatt 850-9 ialah 854 orang iaitu 83 pegawai dan 771 anggota LLP yang diketuai Kol Megat Maz Ardi Nohuddin selaku Komander Malbatt 850-9.

Turut hadir Panglima ATM, Jen Tan Sri Affendi Buang dan Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Zamrose Mohd Zain. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori