Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Sindiket Jadikan Kondo Tempat...

Kuala Lumpur : Menjadikan kondominium yang dikawal oleh pengawal keselamatan untuk menjalankan aktiviti...

Kerajaan Senarai Hitam Kontraktor...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan menyenaraihitam serta-merta kontraktor dan pembekal yang dikenal pasti...

Waktu Operasi Kaunter Tiket...

KUALA LUMPUR – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan melanjutkan waktu operasi kaunter...

Mesej Whatsapp M’sia Diserang...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan khabar angin bahawa Malaysia menjadi...

Mangsa Dakwaan Gangguan Seksual Pendakwah Diminta Tampil

KUALA LUMPUR – Saksi atau mangsa diminta tampil segera bagi membantu polis dalam kes dakwaan gangguan seksual melibatkan seorang pendakwah terkenal.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, pihaknya mengalu-alukan kerjasama berkenaan bagi membantu siasatan.

“Kami nasihatkan mangsa yang mungkin terkesan dengan dakwaan berkenaan tampil bagi membantu pihak polis meneruskan siasatan.

“Setakat ini terdapat beberapa saksi sudah dirakam keterangan berhubung kes ini,” katanya kepada Sinar Harianpada Selasa.

Sebelum ini, polis menyatakan pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung video dan mesej lucah yang tular di aplikasi Telegram dikaitkan dengan seorang pendakwah.

Pada Khamis, Sinar Harian melaporkan pihak polis sudah membuka satu kertas siasatan berhubung video dan mesej lucah yang tular di aplikasi Telegram dikaitkan dengan pendakwah berkenaan. – Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori