Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Hati-Hati! Sindiket Jual Muffin...

MASUK saja di medan selera atau restoran, tidak lama selepas itu mesti akan ada...

Trek Lumba Motosikal: KPN...

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar akan mengadakan...

Malala Yousafzai Terpanggil Bantu...

LONDON - Pemenang Hadiah Nobel Keamanan Malala Yousafzai terpanggil untuk meluahkan pandangannya bagi...

Arak Bernilai RM100,000 Dirampas...

BUKIT MERTAJAM - Polis merampas arak yang tiada permit kebenaran import kastam bernilai...

Masing Negarawan Berjiwa Besar, Bantu Eratkan Semangat Perpaduan

KUALA LUMPUR – Pemergian Tan Sri James Jemut Masing merupakan satu kehilangan besar kerana mendiang merupakan seorang tokoh politik yang sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat.

Pengerusi Parti Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, mendiang juga disifatkan pemimpin yang menjunjung integriti dan bekerja keras bagi kemajuan serta kemakmuran negara dan Sarawak.

“Jasa bakti beliau kepada negara dan Sarawak adalah tidak terhitung nilainya dan sudah pasti kehilangannya amat dirasai.

“PN amat menghargai sumbangan beliau sebagai seorang negarawan berjiwa besar yang banyak membantu mengukuhkan dan mengeratkan lagi semangat perpaduan negara.

“Saya yang secara peribadinya telah kehilangan seorang sahabat baik, berharap seluruh ahli keluarga mendiang agar dapat tabahkan hati menghadapi saat yang menyedihkan ini,” katanya.


Masing, 72, meninggal dunia di Pusat Perubatan Pakar Normah, Petra Jaya, pada jam 7.05 pagi Ahad.

Mendiang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Baleh itu, dimasukkan ke wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak (HUS) pada 28 September lalu akibat komplikasi selepas disahkan positif COVID-19.

Selepas kesihatannya semakin merosot, beliau dipindahkan ke Pusat Perubatan Pakar Normah, minggu lalu. – Astro AWANI

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori