KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mencadangakan agar pilihan raya negeri (PRN) Melaka yang sepatutnya diadakan dalam tempoh 60 hari bermula semalam ditangguhkan seperti mana yang dibuat ke atas PRN Sarawak.
Ini kerana kata beliau, ekonomi Melaka baru sahaja dibuka semula selepas perintah kawalan pergerakkan (PKP) separuh masa dilaksanakan terlalu lama.
“Dengan mengambil kira bahawa ekonomi Melaka baru sahaja mula dibuka semula selepas PKP berganti PKP separuh masak yang begitu lama, pendapat saya ialah PRN Melaka patut ditangguh sebagaimana PRN Sarawak ditangguh setelah DUN Sarawak terbubar secara automatik pada 7 Jun 2021 lalu,” katanya melalui kenyataan di media sosial beliau.
Dalam kenyataan yang sama, Najib turut meluahkan kekecewaan dengan tindakan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yakni dua pada UMNO, masing-masing seorang pada Bersatu dan Bebas kerana bertindak menumbangkan kerajaan Melaka.
Baca: DUN Melaka Bubar, Pilihan Raya Dalam Tempoh 60 Hari
Situasi ini boleh dielak dan diselesaikan secara dalaman, tetapi kini sudah terlambat.
Melaka berdepan dengan PRN selepas DUN negeri itu dibubarkan semalam berikutan blok kerajaan tumbang selepas empat ADUN menarik sokongan secara terbuka.
Keputusan pembubaran DUN itu dibuat selepas cadangan yang dikemukakan oleh Keputusan pembubaran DUN itu dibuat selepas cadangan yang dikemukakan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali,mendapat kelulusan Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Rustam.
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, berkata Proklamasi Pembubaran DUN Melaka itu diwartakan semalam.- Mynewshub.TV