Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Tingkatan Enam Dijenamakan Semula...

KUALA LUMPUR : Tingkatan enam bakal dijenamakan semula sebagai salah satu usaha bagi...

Bonus Setengah Bulan Gaji...

GEORGETOWN - Kerajaan Negeri Pulau Pinang hari ini mengumumkan bonus setengah bulan gaji...

Kerajaan Fail Rayuan Halang...

KUALA LUMPUR - Kerajaan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan Datin...

PKRM Cadang Kaji Semula...

KUALA LUMPUR - Persatuan Kesejahteraan Rakyat Malaysia (PKRM) mencadangkan pengurusan insurans yang berstruktur...

Operasi Pematuhan SOP Serentak Dengan Larangan Merokok

KUALA LUMPUR – Hukuman kompaun RM10,000 kerana merokok di tempat makan yang dilihat agak longgar penguatkuasaannya sebelum ini akan mula dipertingkatkan kembali, ujar Menteri Kesihatan.

Khairy Jamaluddin berkata, beliau telah mengarahkan bahagian penguatkuasaan kementeriannya agar mempertingkatkan larangan merokok di restoran dan kedai-kedai makan.

Kata beliau, larangan itu akan digerakkan serentak dengan penguatkuasaan pematuhan SOP Covid-19.

“Setuju. Ini dasar yang bagus dari zaman Dr Dzul (Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad).

“Semalam saya telah minta penguatkuasaan terhadap larangan merokok ini ditingatkan lagi.

“Sambil memantau pematuhan SOP pandemik, boleh denda perokok yang langgar larangan tersebut, harung sekali,” katanya melalui ciapan di akaun Twitter miliknya hari ini.


Khairy berkata demikian sebagai menjawab permintaan seorang pengguna media sosial yang sama bernama Hafidz DZ yang memohon peningkatan pemantauan merokok di kedai-kedai makan kerana semakin ramai yang tidak peduli dengan larangan berkenaan.

Bermula 1 Januari tahun lalu, perbuatan merokok wajib dilakukan di luar jarak tiga meter atau kira-kira 10 kaki dari setiap premis makan.

Bagi kesalahan merokok di kawasan larangan, kompaun sebanyak RM250 boleh dikenakan dan sekiranya gagal membayar kompaun, mereka akan didakwa di mahkamah dan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau tidak lebih dua tahun penjara. – Mynewshub.TV

IKUTI TWITTER MYNEWSHUB DI SINI 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori