Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Tommy Thomas Tidak Akan...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan beliau tidak akan sewenang-wenangnya...

Hartal Doktor Kontrak Kali...

KUALA LUMPUR - Gerakan Hartal Doktor Kontrak memberi masa kepada kerajaan untuk tampil...

3 Anak Perlis Antara...

KANGAR - Tiga anak Perlis adalah antara 22 pelajar di seluruh negara yang...

Hospital UiTM Puncak Alam...

PUNCAK ALAM - Hospital Pengajar Univerisiti (HPU) Univerisiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam...

Palsu Dokumen Babitkan TMJ: Dua Beranak Diburu

JOHOR BAHRU – Polis Johor sedang memburu dua beranak susulan dipercayai berkaitan dengan pemalsuan dokumen membabitkan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, dua lelaki itu dikenali sebagai P Kuganathan, 34, dan M Parameswaran, 64, dengan alamat terakhirnya di 16, Persiaran Jelapang 16, Taman Sibilin, Ipoh, Perak.

“Dua suspek ini kita masih dicari. Alamat terakhirnya di Perak. Kedua-dua suspek ini terbabit dalam kes TMJ. Selain itu, mereka mendakwa pernah bekerja di Istana Johor.

“Suspek dikehendaki untuk siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan bagi kesalahan penipuan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Sebarang maklumat boleh menghubungi Asisten Superintendan Khairul Saberi Nyan di talian 019-5290 027 atau balai polis berhampiran.


Media sebelum ini melaporkan, polis Johor memburu tiga individu tempatan dipercayai berkait dengan pemalsuan dokumen membabitkan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Ayob Khan berkata, ia berkaitan penipuan membabitkan Tunku Mahkota Johor (TMJ) mengenai satu dokumen ‘Letter of Undertaking’ pertukaran mata wang dolar Amerika Syarikat (USD) kepada ringgit yang dipercayai palsu.

Katanya, dokumen terbabit didapati dikeluarkan dan ditandatangani oleh seorang wanita tempatan bergelar Datuk Seri mendakwa mendapat mandat daripada TMJ untuk menjalankan urusan tukaran mata wang asing itu kepada ringgit yang bernilai AS$ 200 bilion sehingga USD 5 trilion. – myMetro Online

BACA – Polis Siasat Pemalsuan Dokumen Libat TMJ

BACA – TMJ Pemimpin Yang Luar Biasa

TWITTER MYNEWSHUB DI SINI 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori