Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Kempen Aiskrim Percuma Saingi...

DEMI memastikan umat Islam di Selangor tidak mabuk arak, Datuk Seri Jamal Md....

‘Gadis Air’ Selamba ‘Photobomb’...

SEORANG wanita mencuri tumpuan melebihi barisan selebriti antarabangsa pada acara anugerah Golden Globes...

Gempar: Bayi Meninggal Kerana...

Tak pasti sejauh mana kebenarannya namun cerita seorang bayi telah maut gara-gara tali...

Gempa Sabah: Mayat...

KEMENTERIAN Pendidikan (MOE) Singapura hari ini mengumumkan mayat yang ditemui pihak berkuasa Malaysia telah...

Pelakon, Pengarah Filem, Penolong Mengaku Miliki Dadah

KUALA KANGSAR – Pelakon, pengarah filem dan penolongnya masing-masing mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan memiliki dadah, Ahad lalu.

Pelakon, Muhamad Niezam Mohd Zaidi, 28; pengarah, Mohd Latiff Zami, 49; dan penolong pengarah, Saiful Zaidrin Ismail, 46, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Mohd Shazmeer Zamhari.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Muhamad Niezam didapati ada dalam milikannya 1.15 gram dadah berbahaya jenis Cannabis di rumah di Taman Chandan Putri, di sini, 7.15 pagi, 10 Oktober lalu.

Sementara itu, Mohd Latiff dan Saiful Zaidrin masing-masing didapati memiliki 0.3 gram dadah jenis Cannabis dan 0.38 gram Methamphetamine pada waktu, tarikh, dan lokasi sama.

Pertuduhan dibaca mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 ke atas Muhamad Niezam dan Mohd Latiff yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Manakala bagi pertuduhan ke atas Saiful Zaidrin, ia dibaca mengikut Seksyen 12(2) ADB 1952 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Syuhada Muhammad Lutfi manakala ketiga-tiga tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Intan Shafini Mior Shahrin.


Nur Syuhada memohon mahkamah menawarkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin kepada Muhamad Niezam dan Mohd Latiff manakala jaminan RM8,000 kepada Saiful Zaidrin juga dengan seorang penjamin.

Intan Shafini bagaimanapun memohon jumlah jaminan itu diringankan kerana mengambil kira tanggungan ketiga-tiga tertuduh selain kesemua kehilangan sumber pencarian melalui pekerjaan mereka sepanjang perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu.

Majistret menetapkan jaminan RM3,000 kepada Muhamad Niezam, RM2,600 kepada Mohd Latiff dan RM3,200 kepada Saiful Zaidrin yang masing-masing dengan seorang penjamin.

Mohd Shazmeer juga menetapkan 1 Disember depan untuk sebutan semula bagi ketiga-tiga tertuduh sementara menunggu laporan kimia. – myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori