Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

PAS Tidak Bertegang Dengan...

KUALA LUMPUR - PAS tidak lagi mengambil pendekatan tegang dengan UMNO kerana mengambil...

2 Beradik, Rakan Lemas...

JOHOR BAHRU - Dua beradik yang berkongsi tarikh lahir seorang rakan mereka ditemui...

Adegan Buaya Telan Ular...

KOTA KINABALU - Bagi doktor haiwan, Dr. Diana Raminez, melihat seekor buaya menelan...

Lelaki Ipoh Ini Selamba...

SETIAP orang pastinya mengidamkan sebuah rumah yang selesa untuk didiami. Namun buat seorang...

Pemindahan Organ Khinzir Kepada Manusia Dibolehkan Bersyarat

PUTRAJAYA – Pemindahan organ khinzir kepada manusia adalah dibolehkan dengan syarat ia adalah darurat yang disahkan oleh pakar perubatan dan tidak ada alternatif lain yang lebih sesuai.

Itu jelas bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri menerusi artikel terbaharu dikongsinya menerusi saluran media sosial, Maktabah Al-Bakri.

Zulkifli berkata, jika sudah ada alternatif lain yang halal, maka terbatal keharusan ini.

Menurutnya, beliau juga berpandangan bahawa sudah sampai masanya bagi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia mengeluarkan pandangan dalam isu ini.

“Sesungguhnya kajian seperti ini adalah amat penting untuk menyelesaikan masalah yang kritikal pada masa kini yang terkait dengan rawatan dan perubatan,” katanya.

Katanya, prinsip asas bagi pemindahan organ melibatkan manusia-haiwan adalah haram menggunakan najis untuk berubat jika ada bahan yang suci.


Namun, katanya, bahan najis boleh digunakan jika ia adalah keperluan yang mendesak dan tidak ada bahan yang suci lain yang boleh digunakan.

Zulkifli berkata, para ulama bersepakat tentang haramnya penggunaan najis sebagai bahan ubat namun, berbeza pada keharusannya atas sebab darurat. – K! ONLINE

BACA – Apakah Penyakit Ain?

IKUTI TWITTER MYNEWSHUB DI SINI 

FACEBOOK BARU MYNEWSHUB DI SINI 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori