Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Poskad Untuk Nenek Tiba...

CO DURHAM (England) - Sekeping poskad yang dihantar seorang kanak-kanak ketika bercuti kepada...

Piala FA: Nik Abduh...

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul...

Parti Amanah Kata Rakyat...

KUALA LUMPUR - Gara-gara gagal memenangi sebarang kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN)...

Negara Perlu 84 Balai...

Melaka: Sebanyak 84 balai bomba baharu diperlukan dalam usaha meningkatkan kualiti, kemampuan dan...

PM Harap Rentas Negeri Dapat Ubati Hati Rakyat

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap kelonggaran pergerakan rentas negeri diberikan kerajaan dapat mengubati hati rakyat yang kini boleh bertemu ibu bapa dan ahli keluarga yang sudah lama terpisah.

Perdana Menteri berkata, biarpun kelonggaran sudah diberikan, rakyat diingatkan supaya tidak mengabaikan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Pandemik COVID-19 menyebabkan gangguan emosi dan tekanan perasaan dalam kalangan sebahagian daripada Keluarga Malaysia.

“Seperti yang saya umumkan, pergerakan rentas negeri sudah dibenarkan selepas kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa mencapai 90 peratus,” katanya ketika membentangkan usul Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Dewan Negara hari ini.

Ismail Sabri berkata, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) menunjukkan kemajuan yang memberangsangkan apabila 90.4 peratus populasi dewasa sudah lengkap menerima vaksin setakat semalam.

Jelasnya, kadar vaksinasi yang semakin meningkat dan liputan yang semakin meluas membolehkan kerajaan melonggarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara bersasar di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN).


“Kita sudah menyaksikan dunia terkesan akibat penularan pandemik COVID-19. Pada tahun 2020, ekonomi global menguncup pada kadar 3.2 peratus, malah Malaysia turut menerima kesan pandemik ini dan mencatat penguncupan sebanyak 5.6 peratus pada tahun yang sama.

“Bagi menangani krisis berkembar ekonomi dan kesihatan ini, kerajaan melaksanakan lapan pakej bantuan dan rangsangan ekonomi bernilai RM530 bilion,” katanya.

Perdana Menteri berkata, susulan pelbagai usaha yang dilakukan, ekonomi negara kembali stabil dan berkembang sebanyak 16.1 peratus pada suku kedua tahun ini.

“Selaras dengan pembukaan lebih banyak sektor ekonomi dan sosial, ekonomi negara mula menunjukkan tanda-tanda pemulihan yang lebih kukuh,” katanya. – BH Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori