Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Pelantikan Sebagai Pengarah PRK...

KUANTAN - Pelantikan Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sebagai Pengarah Jawatankuasa Barisan...

4 Remaja Ditahan Kerana...

Kangar : Empat remaja lelaki direman sehingga 18 Oktober ini bagi membantu siasatan...

Pencarian Mangsa Nahas Lion...

SEORANG rakan sekerja kru kabin penerbangan JT610 menangis di atas dek kapal Tentera...

Tan Sri Syed Azman…Bilionair...

BELIAU asalnya adalah seorang pegawai perisikan tentera yang berkhidmat selama 13 tahun dalam...

PPV WTCKL Ditutup Selepas 150 Hari Beroperasi

KUALA LUMPUR – Pusat Pemberian Vaksin (PPV) mega tidak lagi diperlukan selepas kebanyakan rakyat kini sudah menerima vaksinasi.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, PPV mega sudahpun mencapai matlamat penubuhannya.

“Mengenai PPV lain, penutupan akan dilakukan berperingkat mengikut keperluan di sesebuah kawasan bila kita puas hati satu kawasan itu sudah mencapai liputan yang agak baik, kita akan mula tutup PPV.

“Esok (Isnin) saya akan bermesyuarat dengan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) dan MOSTI (Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi) untuk membincangkan supaya ada beberapa PPV yang masih dibuka (bagi mereka yang) samada tercicir ataupun warga asing,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menutup PPV AstraZeneca pertama di Malaysia, PPV World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) pada Ahad.

Hadir sama, Pengarah Eksekutif Kumpulan WTCKL, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim.


PPV WTCKL yang mula beroperasi pada 5 Mei lalu itu menutup tirainya hari ini dengan lebih 1.2 juta dos vaksin diberikan sepanjang 150 hari beroperasi.

Dalam pada itu, Khairy dalam ucapannya sebelum itu berterima kasih kepada semua petugas dan sukarelawan yang berkhidmat di PPV berkenaan.

“Dari segi vaksinasi paling banyak dalam mana-mana PPV, WTC adalah yang paling banyak. Kalau anda semua fikir apa yang anda buat tiada impak, hari ini kita lihat kes 9,000 lebih sehari.

“Daripada kemuncaknya masa saya baru dilantik, ada 23,000 kes. Paling istimewa sekali di Lembah Klang, angka jangkitan sudah mula menurun dengan sangat mendadak,” katanya. – myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori