Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Tiada Perubahan Kepimpinan Tertinggi...

KUALA LUMPUR - SPRM menafikan laporan berita yang mendakwa akan berlaku perubahan di...

Kerajaan Komited Tubuh KSCIP...

KUANTAN - Kerajaan komited untuk memastikan penubuhan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP)...

Kren Tumbang Di Makkah...

JEDDAH - Biro Penyiasatan dan Pendakwaan Awam (BIP) menolak sebarang motif jenayah di...

Jangan Heret Isu Agama...

LEWAT kebelakangan ini memang tidak dinafikan nama pelakon cantik Tasha Shilla sering kali...

Pusat Hiburan, Pelacuran Di Sebalik Kedai Cuci Kenderaan

KUALA LUMPUR – Tindakan licik sindiket pelacuran menjalankan kegiatan tidak bermoral dengan berselindung di sebalik kedai mencuci kenderaan di Kepong, terbongkar apabila diserbu sepasukan anggota Jabatan Imigresen Khamis lepas.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata 16 wanita warga asing terdiri daripada 13 Vietnam dan tiga Thailand berusia 22 hingga 35 tahun ditahan dalam serbuan di dua premis di kawasan itu, manakala tujuh lelaki tempatan yang merupakan pelanggan dan pekerja premis dikenakan notis untuk hadir memberi keterangan.

Beliau berkata satu daripada premis itu didapati menggunakan papan tanda pusat mencuci kenderaan bagi mengaburi mata pihak berkuasa manakala satu lagi hanya dibuka separuh pintu untuk pelanggan tetap mendapatkan perkhidmatan seks yang beroperasi dari 4 petang hingga 12 tengah malam.

“Hasil pemantauan, premis itu dilihat seperti tiada sebarang aktiviti perniagaan dan kurang dikunjungi, namun apabila masuk ke dalam bangunan premis ini menyajikan pelbagai hiburan serta pelayan pelanggan (GRO),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Khairul Dzaimee berkata semua warga asing yang ditahan didapati tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa serta melanggar Akta Imigresen, dan mereka kini ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Semenyih, Selangor untuk disiasat mengikut Akta Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM), Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori