Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Kelemahan Hingga Terlepas Batu...

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan sebarang kesalahan dalam soal menyerahkan kedaulatan termasuk...

Banglo 2 Tingkat Musnah...

KUCHING - Sebuah banglo dua tingkat musnah dalam satu kebakaran di Jalan Hashim...

Kuil Yahudi Terus Jadi...

LOS ANGELES - Kuil Yahudi di California diconteng dengan grafiti anti-Semitik, kata polis...

Kes Bunuh Jong-nam Dibincang...

MANILA - Isu seorang wanita warganegara Vietnam yang dihadapkan di mahkamah Malaysia atas...

Remaja Lengkap Vaksin Boleh Guna Semua Kemudahan

KUALA LUMPUR – Keperluan vaksinasi lengkap golongan remaja akan menjadi syarat bagi setiap kemudahan yang diperuntukkan kerajaan selepas ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, syarat yang dilaksanakan kepada dewasa ketika ini akan diperluaskan kepada golongan terbabit.

Beliau berkata, ini bermakna syarat vaksinasi lengkap bagi remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun akan dinyatakan dalam prosedur operasi standard (SOP).

Bagaimanapun, kata beliau, ia tidak akan dilaksanakan serta-merta sebaliknya diberi tempoh penangguhan.

“Kerajaan akan selaraskan kemudahan berkaitan dan memberi golongan remaja ‘grace period’ selama tiga minggu atau sehingga pertengahan November.

“Tempoh ini adalah bagi memastikan kira-kira 80 peratus remaja yang menerima dos pertama ketika ini, selesai divaksin lengkap,” katanya pada kenyataan hari ini.


Antara syarat vaksinasi lengkap yang terkandung dalam SOP golongan dewasa ketika ini adalah aktiviti makan di restoran serta rentas negeri.

Beliau berkata, kadar vaksinasi dos pertama bagi golongan remaja sudah mencapai 80.2 peratus atau 2,524,156 orang, setakat semalam.

Kata beliau ia adalah antara yang terpantas di dunia.

Untuk rekod, Pelan Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (Pick) bagi remaja usia berkenaan di Malaysia bermula sejak 20 September lalu. – myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori