Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Guru Mati Ditumbuk Pelajar...

JAKARTA - Seorang guru sekolah menengah di Torjun, Madura, Jawa Timur, meninggal dunia...

Lagi Anggota Geng Mamak...

IPOH - Seorang lagi dipercayai anggota 'Geng Mamak' di ditahan di Kampung Larut...

Shila Amzah Selamat Dinikahkan

PENYANYI prolifik tanah air Shila Amzah telah selamat diijab kabul bersama pasangannya, Haris...

Ashton Kutcher Teruja Bakal...

PASANGAN pelakon sama cantik sama padan Mila Kunis dan Ashton Kutcher bakal menimang...

Remaja Lumpuh Akibat Jangkitan Kuman Dalam Darah

MARANG – Hati ibu bapa mana yang tidak sedih melihat anak sulung mereka yang dahulunya ceria dan aktif tiba-tiba disahkan lumpuh seluruh badan akibat jangkitan kuman dalam darah.

Kejadian kira-kira tiga tahun lalu itu menyebabkan Muhammad Haris Mohd. Hisham, 13, kini hanya terlantar di katil dan tidak lagi mampu bercakap di samping hilang penglihatan selepas tiga kali menjalani pembedahan pada 2018.

Ibunya, Suria Aziela Mansor, 34, berkata, sebelum kejadian, anaknya mengadu mudah letih selain sering sakit kepala serta muntah, lalu dia dan suami, Mohd. Hisham Hussin, 39, segera merujuk kes berkenaan ke hospital.

Katanya, selepas sebulan dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu, anaknya turut menjalani tiga pembedahan pada Julai tahun sama dengan yang terakhir di Hospital Kuala Lumpur di Kuala Lumpur.

“Selepas pembedahan itu, anak saya lumpuh seluruh badan, tidak lagi mampu melihat dan mungkin hanya boleh mendengar.

“Tetapi saya bersyukur kerana kini dia mulai menunjukkan perubahan kerana sudah boleh memberi tindak balas kepada kesakitan,” katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di Kampung Kijing, di sini hari ini.


Terdahulu, Pengerusi Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM), Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah meluangkan masa menziarahi Muhammad Haris di samping menyampaikan sumbangan.

Menurut Suria Aziela, kos penjagaan anaknya itu melebihi RM2,000 sebulan termasuk bagi pembelian susu, lampin pakai buang, ubat-ubatan di samping perbelanjaan ambulans dengan turut mendapat bantuan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Dalam pada itu, Tunku Puteri Intan Safinaz berkata, sehingga kini PBSM sudah memberi suntikan vaksin Covid-19 kepada 12,000 individu melalui inisiatif klinik bergerak di seluruh negara.

Katanya, program yang sudah diadakan di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu itu akan diteruskan ke Pahang membabitkan komuniti Orang Asli dan mereka yang di pedalaman. – Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori