Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

‘Saya Jenis Kalau Bercinta...

MENDIRIKAN rumah tangga pada usia muda dan semasa namanya sedang meningkat naik, berita...

Peniaga Naik Harga Akan...

KUALA NERUS - Kerajaan tidak akan berkompromi terhadap peniaga pasar tani yang mengambil...

Kementerian Pendidikan Tak Akan...

KANGAR - Kementerian Pendidikan tidak akan campurtangan dalam hal pelajar yang telah menjadi...

Van Sekolah Terbalik, 3...

TIGA murid sekolah agama cedera apabila sebuah van sekolah yang dinaiki mereka terbalik dalam...

RM1.5 Bilion Untuk Projek Perumahan Golongan Pendapatan Rendah

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meneruskan projek-projek perumahan khususnya kepada golongan berpendapatan rendah dengan nilai keseluruhan RM1.5 bilion.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, peruntukan itu antaranya bagi meneruskan program-program rumah mesra rakyat dan bantuan menyelenggara perumahan rakyat.

“Setiap daripada Keluarga Malaysia berhak memiliki rumah kediaman sebagai keperluan kehidupan,” katanya ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat, hari ini.

Pada masa yang sama, Tengku Zafrul berkata, kerajaan juga tidak lagi mengenakan Cukai Keuntungan Harta Tanah bagi pelupusan oleh individu warganegara, pemastautin tetap dan selain syarikat mulai tahun ke enam dan ke atas.

Beliau berkata, untuk tahun hadapan, kerajaan ada menyediakan jaminan RM2 bilion kepada bank melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan untuk memberi akses pembiayaan kepada pekerja gig, pengusaha kecil dan petani.


“Saya mendengar keluhan pekerja gig, pengusaha kecil dan petani yang sukar membeli rumah kerana tiada pendapatan tetap sehingga menyebabkan mereka sukar mendapatkan pinjaman perumahan.

“Ada antara mereka yang sebenarnya mempunyai keupayaan untuk membayar balik pinjaman tetapi tiada bukti pendapatan tetap,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori