Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

7 PATI Wanita Warga...

ALOR SETAR - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah menahan tujuh pendatang asing tanpa...

“Whatsapp Kantoi” Lelaki Ganggu...

'PRINTSCREEN' perbualan WhatsApp seorang lelaki dipercayai bekerja sebagai tentera di Singapura bersama seorang...

Mayat Nelayan Ditemukan Lemas...

SANDAKAN - Seorang nelayan yang dilaporkan hilang selepas keluar memukat pada Isnin lepas,...

Redknapp Letak Jawatan Pengurus...

LONDON - Harry Redknapp sudah meletakkan jawatan selaku pengurus Queens Park Rangers, menurut...

“Sajat Dakwa Kerajaan Australia Bantu Beli Banglo”

PETALING JAYA – Usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 36, mengesahkan dirinya kini telah berhijrah ke Australia selepas dipercayai mendapat kelulusan ‘tiket’ kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

Menerusi perkongsian video ‘live’ di Instagram miliknya, dia berkongsi tentang penghijrahannya dan sebelum itu sudah meminta kebenaran kedutaan Australia untuk berbuat demikian.

Bedasarkan ‘live’ Instagram miliknya pagi semalam, dia kini berasa sangat terharu kerana kedutaan negara itu banyak memberi sokongan terhadapnya dari pelbagai aspek.

“Saya sekarang berada di Australia, tak nak pandang belakang dah. Saya sekarang sedang menjalani kuarantin, tak sabar nak habis dua minggu nanti nak pergi jalan-jalan.

“Dekat sini, saya dikelilingi orang yang mengambil berat tentang diri saya dan temui kebahagiaan dekat sini. Kedutaan Australia banyak sokong saya macam hantar pergi kelas tambahan, perbaiki skill bisnes dan kelas bahasa Inggeris serta beri rumah,” kata Sajat semalam.

Terbaharu, Sajat berkongsi gambar rumah baharunya di sana dan difahamkan Sajat bakal menetap di Canterbury, Australia.


Terdahulu Kosmo! melaporkan Sajat telah berhijrah ke Australia dan telah pun ‘cerai’ talak tiga dengan Malaysia.

Sebelum ini, polis mengesahkan Sajat ditahan di sebuah kondominium mewah di Bangkok, Thailand bersama seorang lelaki berperwatakan seperti wanita warganegara tersebut ketika serbuan pihak imigresen Thailand pada 8 September lalu.

Pada 9 September lalu, Sajat didakwa di mahkamah Thailand atas kesalahan berkaitan Imigresen di negara berkenaan dan dibebaskan sehari kemudian dengan jaminan AS$2,000 (RM8,343) yang dibuat oleh seorang warga tempatan.

Polis Diraja Malaysia kemudian membuat permohonan kepada pihak berkuasa Thailand bagi membolehkan Sajat dibawa pulang ke negara ini untuk membantu siasatan dan perbicaraan kes mahkamah.

Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 23 Februari lalu mengeluarkan waran tangkap terhadap Nur Sajat kerana gagal hadir pada prosiding kes berpakaian wanita tiga tahun lalu. – K! ONLINE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori