Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Rindu Mengenang Suasana Masjidil...

ALUNAN lunak suara imam Masjidil Haram menggegarkan naluri para jemaah untuk merebut saf...

Peminat Tunggu 10 Jam...

KUALA LUMPUR - Populariti Kim Rae Won nyata hebat apabila beribu-ribu peminatnya sanggup...

PM: G20 Tunjuk Kesungguhan...

ALTANYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata terdapat kesungguhan dalam...

Gajah Putih Muncul Menjelang...

NAYPYIDAW, Myanmar – Seekor gajah putih yang sangat jarang ditemui berjaya ditangkap di...

Sasterawan Negara, Kemala Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR – Sasterawan negara, Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah atau lebih dikenali dengan nama penanya, Kemala, meninggal dunia di rumahnya di Jalan Klang Lama di sini, hari ini.

Presiden Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena), Dr Mohamad Saleeh Rahamad berkata, jenazah Allahyarham dimandikan serta disembahyangkan di Surau As Shahabah, Seksyen 7 Kota Damansara, Petaling Jaya sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9 Kota Damansara, selepas solat Asar.

Menurutnya, Allahyarham yang meninggal dunia pada 12 tengah hari tadi sebelum ini berada dalam keadaan uzur dan menghidap beberapa penyakit termasuk komplikasi buah pinggang.

“Allahyarham bukan sahaja memberi sumbangan dalam bentuk penulisan, pembangunan sastera dan melahirkan penulis baharu menerusi Persatuan Sasterawan Nusantara Melayu Raya (Numera) diasaskan beliau,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata, menerusi Numera Allahyarham berusaha menyatukan sastera Melayu di Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura untuk dibawa ke peringkat antarabangsa.


“Kegigihan beliau yang bergerak bukan atas dasar kapasiti peribadi ini sememangnya sukar untuk digantikan,”katanya lagi.

Ahmad Kamal, 80, menerima anugerah Sastera Negara ke-11 pada 2012 dan pernah bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka pada 1968 sebelum bersara pada 1996 sebagai Ketua Bahagian Kesusasteraan Bandingan.

Allahyarham aktif dalam karya sastera dan mula menulis sajak sejak sekolah rendah dan hasil penulisannya telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa termasuk Cina, Urdu, Perancis, Jerman, Belanda, Slovania, Sepanyol dan Serbo-Croatian. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori