Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Banjir Bukan Masa Bicara...

RANTAU PANJANG - Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menegaskan tiada keperluan menubuhkan kerajaan...

Lelaki Cuba Terjun, Tikam...

Kota Bharu : Lelaki yang cuba terjun bangunan selepas dipercayai menikam isteri dan...

VIDEO: Bantal Kekabu, Dari...

SEMBILAN tahun lalu, Zaidi Awang, pemborong bantal kekabu dari Kampung Kuala Ruman, Sik,...

Rezeki Mencurah, Zarul Terokai...

PINTU rezeki penyanyi Zarul Umbrella semakin terbuka luas selepas penglibatannya dalam Gegar Vaganza...

Simpan Dokumen Cukai Dalam Bentuk “Soft Copy”

TUJUH tahun bukan tempoh yang singkat. Hampir menyamai usia sebatang pokok durian sebelum menghasilkan buah.

Tetapi itulah tempoh kita dikehendaki untuk menyimpan segala rekod pendapatan dan perbelanjaan oleh LHDNM.

Dalam tempoh tersebut segala dokumen berkaitan tidak boleh dilupuskan sama sekali kerana ia mungkin secara tiba-tiba akan diminta oleh LHDNM.

Dokumen itu perlu disimpan untuk urusan semakan atau pengauditan oleh pihak LHDN jika diperlukan.

Bagaimana pembayar cukai dipilih untuk diaudit berdasarkan berbagai asas dan cara antaranya:

• Pemilihan melalui analisis risiko.

• Semakan manual atas Borang Nyata Pendapatan.

• Semakan rekod pihak ketiga, biasanya melalui audit atau siasatan ke atas pembayar cukai lain.

• Maklumat yang diterima dari pihak ketiga.

• Rekod penerimaan BNP yang lepas.

• Pemilihan berasaskan industri-industri tersebut.

• Pemilihan berasaskan isu-isu khusus yang sama bagi kumpulan-kumpulan pembayar cukai tertentu.

• Pemilihan berasaskan kawasan-kawasan tertentu.

Asas-asas pemilihan di atas disemak dari semasa ke semasa dan LHDN tidak akan memberitahu sebab-sebab pembayar cukai dipilih untuk diaudit.


Antara dokumen yang perlu simpan termasuk:

Borang EA/EC dan CP58, baucar dividen saham, resit premium insurans, resit pembelian buku, resit perubatan, resit derma, resit pembayaran zakat, sijil kelahiran anak dan sijil anak angkat ran sijil nikah.

Dokumen sokongan lain seperti penyata skim persaraan swasta, surat tawaran belajar di universiti, kolej atau institusi pendidikan, surat atau dokumen bukti individu kategori orang kurang upaya (oku).

Begitu juga penyata sspn, resit bayaran yuran pusat asuhan atau pra sekolah yang dibenarkan dan resit pembelian peralatan penyusuan.

Malah resit belian alatan sukan dan bayaran keahlian gim, penyata atau resit bayaran langganan internet, resit pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet juga perlu disimpan.

Paling penting untuk anda simpan ialah pengiraan cukai yang anda isytihar tempoh tujuh tahun bermula dari akhir tahun borang cukai pendapatan.

Ia bukan suatu yang mudah kerana penyimpanan rekod selama itu boleh menyebabkan dakwat pada kertas luntur atau terkoyak, hilang dan sebagainya.

Maka jalan terbaik adalah membuat salinan menggunakan “scanner” atau mengambil gambar kesemua dokumen terbabit dan menyimpannya dalam komputer menggunakan folder khas.

Ramai salah faham LHDNM akan meminta dokumen asal sedangkan tidak semestinya kerana ia boleh dikemukakan dalam bentuk “hard copy” atau “soft copy”.

Ingat, bukan tujuan LHDNM mahu menyusahkan orang ramai sebaliknya ia peruntukan undang-undang bagi memastikan kebenaran.

Kena faham kita sendiri mengisytiharkan pendapatan dan perbelanjaan serta mengira sendiri cukai boleh dikenakan kepada LHDNM.

Tetapi jika LHDNM kemudian berpandangan perlu dilakukan audit maka segala dokumen itu perlu diserahkan untuk pengesahan. – Mynewshub.TV

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori