Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Keselamatan Di Kawasan Air...

PUTRAJAYA - Kabinet hari ini mahu keselamatan di kawasan rekreasi terutama yang mempunyai...

Ronaldo Dihadapkan Ke Mahkamah...

MADRID – Penyerang Juventus, Cristiano Ronaldo akan kembali ke Madrid Selasa ini bagi...

Cadangan Wujud Pemangku Timbalan...

KUALA LUMPUR - Cadangan untuk meminda Perlembagaan UMNO bagi memasukkan klausa baharu mengenai...

Gaya Bintang Hollywood Gred...

ANUGERAH Academy ke-87 atau Oscar yang berlangsung semalam, menyaksikan kemenangan besar filem Birdman yang berjaya...

Siri Peperangan Kumpulan Anti Vaksin Melawan KJ

KUALA LUMPUR – Kumpulan penolak vaksin atau anti vaksin yang berang dengan kenyataan ‘Kita akan susahkan kehidupan anti-vaksin’ bertindak menyerang Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (KJ) dengan melemparkan pelbagai macam tuduhan selain mendesak beliau meletak jawatan.

Mereka menggunakan pelbagai platform media sosial dan tanda pagar seperti #KJKOYAK serta #LetakJawatan sebagai tanda protes dengan kenyataan KJ sebelum ini.

“Perasan segala tindak tanduk direstui ramai orang…syok sendiri” kata seorang pengguna Twitter dengan nama Mat_Erk.

“Takpe dia menaniaya rakyat,dia belum kena azap dari Allah..biarkan..aku harap dia dapat azap di dunia lagi..rakyat dah tengah susah, kau nak tambah lagi kesusahan orang..memang bala akan datang nanti..ingat doa2 orang yang kau susahkan kan..mustajap!!” pula kata @RazalliSiti.

“Sebagai seorang menteri sepatutnya memimpin serta memberi kata2 yang berguna untuk tatapan terutama anti vaksin..Jangan lupa jasa rakyat kepada anda sehingga terpilih menjadi menteri,” kata @iampermatashop.

Tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam yang seolah-olah menyebelahi kumpulan anti vaksin mengeruhkan lagi perdebatan semua pihak dalam isu penolakkan segelintir anggota masyarakat terhadap penggunaan vaksin untuk melawan Covid-19.

KJ juga sebelum ini dituduh menggunakan jin untuk melawan Covid-19.

Siri peperangan kumpulan anti Vaksin melawan kj, mynewshub

Semalam, KJ dilaporkan berkata, walaupun vaksin tidak diwajibkan namun kerajaan tidak akan memberi muka kepada golongan anti-vaksin kerana mereka sendiri memilih untuk menolak vaksin.

“Kita mungkin tidak akan melaksanakan satu undang-undang Persekutuan iaitu mewajibkan di peringkat negara tetapi saya menggalakkan adalah undang-undang sektoral.

“Mungkin berbunyi sedikit kasar tetapi pendekatan kita juga adalah untuk ‘menyusahkan’ hidup mereka yang memilih untuk tidak menerima vaksin.


“Ini adalah kerana anda sendiri memilih untuk tidak menerima vaksin melainkan anda tidak boleh menerima vaksin atas faktor kesihatan dan dikecualikan juga dalam sistem MySejahtera tetapi jika sebaliknya, maka memang kami akan susahkan hidup anda,” katanya.

KJ yang menyedari serangan balas terkini kumpulan anti-vaxx tidak kelihatan gentar dengan mereka.

Bagi dakwaan menggunakan jin, KJ menjawab secara berseloroh dengan mengatakan ; “Salah. Saya guna 4 jenis jin vaksin untuk lindungi Malaysia. Jin Pfizer, AstraZenaca, Sinovac dan CanSino.”

Terbaru, KJ hari ini sekali lagi menjawab pihak penentang vaksin dengan satu lagi status pedih di Twitter beliau.

“Nak kata kerajaan tidak cukup bagi penerangan tentang vaksin tidak betul. Kita dah kemukakan segala bukti saintifik tentang keberkesanan vaksin Covid-19 dari awal lagi. Kita terus memberi penerangan.

I’m sorry, i have to be firm on this issue. Call me dajjal or whatever. (Saya minta maaf, saya kena tegas dalam isu ini. Panggilah saya dajal atau sebagainya),” kata Khairy menerusi ciapan Twitter.

Ciapan terbaru ini merujuk kepada Anwar yang menyifatkan kenyataan beliau akan ‘menyusahkan’ kehidupan harian golongan antivaksin jika mereka terus menolak penerimaannya sebagai satu langkah sombong.

Menurut Anwar, menjadi usaha kerajaan memastikan semua rakyat di negara ini menerima vaksin adalah dengan menggunakan kaedah merayu dan mendidik golongan ini mengenai kelebihan vaksin bagi menentang Covid-19.

Kita nantikan sejauh mana anti vaksin mampu mengugat KJ atau mereka sekadar jaguh bersembang sahaja. – Mynewshub.TV

Baca: “Kita Akan Susahkan Kehidupan Anti-Vaksin” – KJ

IKUTI TWITTER MYNEWSHUB DI SINI 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori