Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Mukhriz Tegas Nafi Terlibat...

KUALA LUMPUR - Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir...

SPAD Pertingkat Penguatkuasaan Sempena...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan meningkatkan aktiviti penguatkuasaan di...

Ringgit Tidak Berubah Berbanding...

KUALA LUMPUR - Ringgit tidak berubah berbanding dolar US dalam dagangan awal hari...

Panas! Nafi Masalah Batin,...

PERGOLAKAN rumah tangga kedua pasangan ini masih belum jumpa jalan penyelesaian nampaknya. Keadaan menjadi...

Sri Lanka Haramkan Baja Tercemar Dari China

COLOMBO – Sri Lanka melarang kemasukan kapal China membawa baja organik yang sangat diperlukan selepas pakar mendapati muatan itu dicemari bakteria berbahaya, menurut pegawainya hari ini.

Tindakan sukar itu diambil ketika Sri Lanka sedang memerangi kekurangan makanan disebabkan krisis mata wang sementara petani mendakwa larangan kerajaan ke atas baja kimia mungkin memusnahkan tanaman mereka tahun ini.

Pejabat Presiden, Gotabaya Rajapaksa, memaklumkan Perkhidmatan Kuarantin Tumbuhan Kebangsaan yang menguji sampel daripada kapal China yang tidak dinamakan itu mengesahkan kehadiran organisma termasuk bakteria berbahaya.

Sementara itu, menurut penyataan rasmi Mahkamah Tinggi Komersial, sebarang pembayaran kepada Qingdao Seawin Biotech Group Co Ltd bagi 96,000 tan baja turut dihentikan.

Pada bulan lalu, pihak berkuasa menghentikan perjanjian bernilai AS$42 juta (RM174.3 juta) tetapi ada laporan mengatakan kargo itu sudah dihantar dan dijadualkan tiba di Colombo, namun lokasi terkini kapal terbabit tidak didedahkan.

Pihak Berkuasa Pelabuhan Sri Lanka berkata Kementerian Pertanian semalam mengarahkan pihaknya menghalang pemunggahan baja di mana-mana pelabuhan dan melarang kapal China daripada berlabuh.

Sebelum ini, Sri Lanka melakukan tempahan baja organik dari China sebagai sebahagian usaha untuk menjadi negara pertanian organik 100 peratus pertama di dunia.


Nutrien tumbuhan organik dari China bertujuan menggantikan baja kimia yang mula dihapuskan secara berperingkat ketika musim penanaman padi utama bermula 15 Oktober lalu.

Berikutan tunjuk perasaan meluas petani berhubung pengabaian agrokimia yang dikatakan amat mempengaruhi hasil, kerajaan pada minggu lalu menarik balik larangan baja kimia yang dikenakan Mei lalu.

Sejak itu, Sri Lanka mengimport kira-kira 30,000 tan kalium klorida sebagai baja dan kira-kira tiga juta liter nutrien tumbuhan berasaskan nitrogen dari India.

Pengusaha teh iaitu komoditi eksport utama selain beras, turut memberikan amaran hasil tanamannya mungkin berkurangan hingga separuh tanpa penggunaan bahan kimia. – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori