Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Malaysia Kutip 3 Emas,...

KUALA LUMPUR - Malaysia hari ini menambah koleksi pingat apabila meraih tiga kilauan...

Malaysia Airlines Terima Pesawat...

KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines hari ini menerima pesawat A350-900 keduanya yang lengkap...

Isu Banglo: SPRM Sah...

GEORGE TOWN - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan penahanan Ketua Menteri Pulau...

Indonesia Jamin Jerebu Tahun...

JOHOR BAHRU - Kerajaan Indonesia memberi jaminan bahawa masalah jerebu pada tahun ini...

Sultan Ibrahim Diberikan Taklimat Berkenaan Pulau Batu Puteh

KUALA LUMPUR – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar hari ini menerima mengadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen & Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Pertemuan berlangsung lebih sejam di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru dengan perbincangan yang tertumpu kepada isu Pulau Batu Puteh.

Turut hadir di pertemuan itu, Yang Dipertua Jumaah Majlis DiRaja Johor, Datuk Dr. Abdul Rahim Ramli.

Mynewshub


Setakat ini belum ada sebarang maklumat lanjut mengenai sebarang titah baginda dalam pertemuaan berkenaan.

Sultan Ibrahim sebelum ini bertitah mahu tindakan tegas diambil kepada pihak yang bertanggungjawab melakukan kecuaian dalam proses permohonan semakan dan pentafsiran Pedra Branca atau Pulau Batu Puteh.

Sultan Ibrahim turut menuntut penjelasan daripada pihak berkenaan mengapa permohonan semakan ke atas penghakiman kes Pulau Batu Puteh di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) tidak diteruskan. – Mynewshub.TV

Baca: Cuba Malaysia Hilang Pulau Langkawi Kepada Thailand – Sultan Johor

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori