Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Faezah Elai Risau Langgar...

PELAKON Faezah Elai punyai pandangan tersendiri mengenai cabaran yang sedang tular menerusi media...

Ramai ‘Datuk Palsu’ Takut...

PETALING JAYA - Gara-gara kegiatan menjual dan membeli anugerah, gelaran atau darjah kebesaran...

Terengganu Cuti Peristiwa Pada...

Kuala Terengganu : Khabar gembira buat rakyat Terengganu apabila kerajaan negeri mengumumkan 5...

Keluarga Pelakon Nekad Buru...

PELAKON Bollywood, Jiah Khan telah meninggal dunia pada 2013. Kini keluarganya berikrar untuk...

Tampil Secara Sukarela Kurangkan Penalti Cukai LHDNM

MEREKA yang melakukan kesalahan cukai pasti kecut perut apabila mendengar perkataan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Bimbang kena penalti jika perbuatan mereka dapat dikesan sedangkan sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.

Perbuatan mengelak cukai pasti lambat laun dihidu LHDNM kerana agensi itu mempunyai mekanisme yang amat berkesan dalam aspek pematuhan.

Justeru, pengelak cukai sebenarnya tiada banyak pilihan iaitu menyedari kesilapan mereka dan ‘menyerah diri’ kepada LHDNM secara sukarela.

Langkah itu adalah jauh lebih baik berbanding perbuatan mereka dibongkar sendiri oleh LHDNM.

Ia kerana penalti yang dikenakan jika tampil secara sukarela adalah lebih rendah jika LHDN terlebih dahulu mengambil tindakan.

Malah LHDNM pernah melaksanakan Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela secara ‘one off’ pada tahun 2019.

Bertujuan menggalakkan pembayar cukai tampil secara sukarela mengisytiharkan pendapatan bagi meningkatkan kutipan cukai untuk pembangunan negara.

Program itu merangkumi melaporkan pendapatan yang belum/kurang dilaporkan, perbelanjaan terlebih tuntut/tidak dibenarkan dan pelepasan potongan/rebat terlebih tuntut.

Melaporkan keuntungan pelupusan aset (harta tanah dan saham dalam syarikat harta tanah) dan penyeteman surat cara yang belum disetem.


Tempoh pengakuan cukai sukarela dari 3 November 2018 sehingga 30 Jun 2019 itu adalah sebanyak 10 peratus dan bagi tempoh 1 Julai 2019 ke 30 September 2019 kadar penalti dikenakan sebanyak 15 peratus.

Walaupun program itu telah berakhir LHDNM pernah menyatakan anggota masyarakat tidak perlu ada perasaan takut dan gentar terhadap agensi itu.

LHDNM mahu dilihat sebagai konsultan yang memberi nasihat dan pendidikan cukai agar pembayar cukai melaporkan pendapatan serta membayar cukai yang sepatutnya sahaja.

Tiada denda atau penalti dikenakan LHDNM sewenang-wenangnya tanpa usul periksa atau tanpa memberi peluang kepada pembayar cukai untuk menjelaskan secara lebih terperinci situasi mereka.

Apa yang penting pembayar cukai tampil ke LHDNM untuk sesi perbincangan dan mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah cukai mereka.

Pembayar cukai boleh membuat pengakuan sukarela di mana-mana pejabat LHDNM di seluruh Malaysia termasuk Pusat Khidmat Hasil dan Pusat Transformasi Bandar (UTC).

Pembayar cukai juga boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada pegawai LHDNM di mana-mana cawangan atau boleh menghubungi pejabat LHDNM berdekatan.

Atau menghubumgi Hasil Care Line LHDNM di talian:1-800-88-5436 atau 603 8911 1100 (Luar Negara) selain emelkan ke [email protected]. – Mynewshub.TV

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori