Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Terlebih Mesra, Drama Dia...

BARU-baru ini, drama bersiri popular yang ditayangkan di slot Akasia, Dia Isteri Luar Biasa...

Peneroka Warga Emas Maut...

KOTA TINGGI - Seorang peneroka warga emas maut ketika cuba membuat pusingan U...

Lebih 4,000 Bekas Banduan...

LANGKAWI - Sejumlah 4,281 orang bekas banduan yang menjalani Program Pemulihan Pemasyarakatan Jabatan...

Kereta Lan Kristal Berpusing,...

VOKALIS kumpulan Kristal, Lan dan isteri dikhabarkan terlibat dalam satu kemalangan jalan raya,...

Tempoh Pengurangan Kadar Caruman Minimum KWSP Dilanjut

KUALA LUMPUR – Tempoh pengurangan kadar caruman minimum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) daripada 11 peratus kepada sembilan peratus akan dilanjutkan sehingga Jun 2022.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat, hari ini, berkata inisiatif itu akan membabitkan anggaran nilai RM2 bilion.

“Kerajaan amat memahami kekangan kewangan yang dihadapi oleh rakyat akibat Perintah Kawalan Pergerakan yang berpanjangan, terutamanya dari segi pengurusan aliran tunai.

“Untuk menambah wang dalam tangan rakyat, KWSP akan melanjutkan tempoh pengurangan kadar caruman minimum KWSP daripada 11 peratus kepada sembilan peratus sehingga Jun 2022,” katanya.

Secara keseluruhan, dalam Bajet 2022 yang bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera, kerajaan menyediakan lebih RM31 bilion khusus untuk subsidi, bantuan dan insentif.

Kredit: Bernama

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori