Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Lim Kit Siang Kekal...

MELAKA - Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang masih berteka-teki sama ada beliau...

NGO Dapat Teruskan Program...

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Antarabangsa berhasrat meneruskan program tajaan menunaikan...

Nur Dhabitah Gagal Raih...

KUALA LUMPUR - Penerjun muda negara Nur Dhabitah Sabri sekadar berakhir di kedudukan ke-10  dalam acara 3m...

Johan, Ayda Jebat Ungguli...

KUALA LUMPUR - Mohammad Yazid Lim, 30, atau lebih popular dengan panggilan Johan...

“Terus Waspada, Covid-19 Masih Di Sekitar Kita” – PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan semua rakyat Keluarga Malaysia supaya terus mengamalkan norma baharu dalam setiap langkah dan perjalanan mereka.

Menerusi catatan di laman Facebook rasminya malam ini, beliau berkata, ini kerana pandemik Covid-19 masih berada di sekitar kita.

“Ramai yang nak balik kampung berjumpa ibu bapa dan keluarga. Di radio tempatan juga ada yang mendendangkan lagu ‘Balik Kampung’ tanda kegembiraan warga Keluarga Malaysia untuk pulang ke kampung halaman.

“Bagi mereka yang lengkap dua dos vaksin, dibenarkan merentas negeri namun sentiasalah menjaga prosedur operasi standard (SOP) dan keselamatan diri, keluarga dan masyarakat kita,” katanya.

Perdana Menteri dalam sidang media khas hari ini berkata, kerajaan bersetuju membenarkan individu yang sudah lengkap vaksinasi Covid-19 melakukan pergerakan rentas negeri tanpa perlu mendapatkan kebenaran polis bermula esok.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat berikutan kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) telah mencapai 90 peratus. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori