Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Suami Isteri, OKU Antara...

MELAKA - Sepasang suami isteri antara 89 penagih dadah yang ditahan di dua...

Obses Cantik.. Lindsay Lohan...

PELAKON Hollywood penuh kontroversi, Lindsay Lohan sekali lagi menjadi buah mulut peminat hiburan...

Sertai PKPS 2.0 Elak...

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) melaksanakan Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) 2.0...

JPJ Johor Keluar 1,509...

MUAR - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor mengeluarkan 1,509 saman melalui Ops Tahun...

Tinggal Kurang 2 Peratus Populasi Dewasa Lengkap Vaksin

KUALA LUMPUR – Tinggal kurang daripada dua peratus sahaja lagi bagi Malaysia mencapai sasaran 90 peratus populasi dewasa melengkapkan vaksinasi Covid-19.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan di portal COVIDNOW, 88.4 peratus atau 20,698,852 golongan dewasa, sudah melengkapkan vaksinasi masing-masing setakat semalam.

Setakat semalam juga, sebanyak 120,402 atau 3.8 peratus remaja berusia 12 hingga 17 tahun sudah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19.

Perincian itu juga memaklumkan sebanyak 224,034 dos suntikan vaksin diberikan semalam membabitkan 122,153 dos pertama dan 101,881 dos lengkap, menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah sebanyak 44,797,925 dos.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.

Sementara itu, 117 kes kematian harian akibat Covid-19 dilaporkan semalam dengan 16 daripadanya membabitkan kematian di luar hospital (BID) menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian kini 26,876. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori