Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Aishah Bakal Peraga Busana...

SELEPAS berita yang kononnya Aishah tidak mendapat tajaan untuk pakaian dalam program Gegar...

Tiada Kenduri Syukur Rai...

SUNYI... Pada kebiasaanya apabila rai sesuatu tarikh penting, maka peserta akan ada paling...

Ronaldo Punca Coca-Cola Rugi...

BUDAPEST - Cristiano Ronaldo menyebabkan nilai pasaran Coca-Cola mengalami kerugian AS$4 bilion (RM16.4...

`Anwar, Wan Azizah Tak...

BUKIT MERTAJAM: "Anwar atau isterinya (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) masa...

Tular Gambar Palsu, Radzi Buat Laporan Polis

KUALA LUMPUR – Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin membuat laporan polis terhadap seorang pemilik akaun Facebook, yang mendakwa beliau tidak mengamalkan penjarakan fizikal dalam satu sidang media baru-baru ini.

Radzi menerusi akaun Facebooknya berkatanya, beliau dimaklumkan mengenai satu hantaran di laman sosial itu yang tular bersama sekeping gambar yang menunjukkan seolah-olah tiada penjarakan fizikal.

Menurutnya, selepas semakan dibuat, gambar yang ditularkan pemilik akaun bernama Yuseri Yusoff itu didapati palsu.

“Seingat saya, selain Ahli Parlimen Dungun, YB (Yang Berhormat) Tuan Haji Wan Hassan Mohd Ramli dan Exco Pendidikan Terengganu, YB Ustaz Hj Satiful Bahari Mamat, tiada sesiapa berada di sebelah ketika sidang media di SM (Sekolah Menengah) Sains Dungun pada 3 Oktober 2021.

“Setelah disemak, gambar tersebut sebenarnya adalah gambar palsu. Tindakan berniat jahat pemilik akaun tersebut adalah amat tidak bertanggungjawab. Laporan polis telah pun dibuat,” katanya dalam hantaran itu hari ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori