Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Mahkamah Putus Penghakiman Ingkar...

KUALA TERENGGANU - Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 15 Dis ini untuk keputusan...

Angkasa Pinda Undang-Undang Kecil...

KUALA NERUS - Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) akan meminda undang-undang kecil...

Kebakaran IPD Sepang: Tiada...

PUTRAJAYA : Tiada unsur khianat dan jenayah ditemukan susulan insiden kebakaran membabitkan beberapa...

Zahirah Nafi Selfie Depan...

DITUDUH seronok berselfie bersama seorang teman berdekatan jenazah ibu Zul Ariffin ketika di...

UMNO Belum Putuskan Kerjasama Dengan Parti Lain

SEREMBAN – UMNO belum membuat keputusan sama ada bergerak secara solo atau bekerjasama dengan mana-mana parti lain setakat ini dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 20 Nov ini.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata perkara itu akan diputuskan dalam Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi (MT) parti itu dalam waktu terdekat dengan mengambil kira segala pandangan dan kaji selidik daripada setiap bahagian.

“Parti belum buat keputusan lagi (setakat ini), keputusan akan dibuat daripada Mesyuarat MT, jadi semua keputusan nanti kita bincang daripada syor biro politik dan pandangan lain secara teliti, pengakhirannya kita akan tengok mana beri kebaikan, masuk pilihan raya nak menang bukan nak pesta.

“Apa jua keputusan akan diputuskan dalam mesyuarat tersebut dan presiden parti akan buat kenyataan, setakat hari ini tiada keputusan lagi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Taklimat dan Perasmian Berkelompok Persidangan Tahunan Cawangan UMNO 2021, Bahagian Rembau di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohamad yang juga Ahli Dewan Undangan Rantau berkata sekiranya UMNO bergerak sendirian, parti itu sudah menyasarkan kerusi yang akan ditandingi namun perancangan itu akan diolah kembali jika UMNO memutuskan bekerjasama dengan parti lain.


Secara umumnya, UMNO sudah tahu mana kerusi-kerusi yang kita hendak bertanding, cuma jika ada pihak lain (kerjasama parti lain) kita akan ubah semula (pembahagian kerusi).

“Ini semua terpulang kepada keputusan MT UMNO, Melaka tak ada banyak kerusi jadi tidak ada isu pembahagian kerusi dalam kalangan parti komponen BN… kita tak boleh kata kerusi tradisi lagi, bagi UMNO bila kita masuk PRN Melaka, kita nak menang bukan nak bermegah-megah,” katanya. – BERNAMA

Baca: PRN Melaka: Gendang Telah Dipalu, UMNO Bersedia!

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori