Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

ECRL Bakal Ubah Kehidupan...

PETALING JAYA - Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) bakal mengubah kehidupan...

Cemas Dikejar Jerung Tukul...

FLORIDA, Amerika Syarikat – Kemunculan seekor jerung tukul yang sedang mencari makanan mengejutkan...

Penganjur Parti Patuhi Syarat...

KUALA LUMPUR - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menambah baik dan mempertingkatkan...

Cadang Kaji Had Umur...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan mencadangkan agar had umur pemandu bas ekspres dikaji...

UMNO Teruskan Persefahaman Dengan PAS Di PRN Melaka

KUALA LUMPUR – UMNO akan meneruskan persefahaman dengan PAS dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, bulan depan.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang dipengerusikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi malam tadi.

Menurutnya, ia juga selaras dengan ketetapan Perhimpunan Agung UMNO 2020 iaitu memperkukuhkan Muafakat Nasional (MN).

“Asas persefahaman dengan PAS berpandukan kepada prinsip bahawa parti itu menggunakan lambang sendiri selaras dengan semangat dan ketetapan Jawatankuasa Induk MN dalam mesyuarat pada 19 Oktober dan 18 November tahun lalu.

“Ini adalah untuk mengelakkan pertembungan sesama sendiri dan pada masa sama mengekalkan penggunaan lambang parti masing-masing dalam pilihan raya,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Selain itu, beliau berkata, MKT juga memberi mandat kepada presiden, timbalan presiden dan Perdana Menteri untuk memuktamadkan sebarang keputusan berkaitan PRN Melaka. – myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori