Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pegawai Pemasaran Didakwa Rogol...

KUALA LUMPUR - Seorang pegawai pemasaran sebuah syarikat swasta mengaku tidak bersalah di...

Tindakan Undang-Undang Terhadap Mahfuz

KUALA TERENGGANU – PAS Terengganu bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap Anggota Parlimen Pokok...

QZ8501 : Penumpang Malaysia...

Seorang penumpang Malaysia yang berada dalam pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang hilang awal...

Insiden MH17 Perlu Diadili...

KUALA LUMPUR - Kes pesawat Malaysia Airlines MH17 yang ditembak jatuh di ruang...

Uncle Kentang Tutup Telefon 30 Hari

SHAH ALAM – Aktivis sosial, Kuan Chee Heng atau dikenali Uncle Kentang mengikut saranan doktor supaya berehat bagi mengelak mengalami masalah tekanan jiwa.

Chee Heng menerusi perkongsian di Facebooknya berkata, beliau akan menutup telefon selama 30 hari bermula Rabu bagi tujuan tersebut.

Menurutnya, tempoh tersebut akan digunakan sebaiknya untuk menenangkan diri sebelum kembali berkhidmat kepada masyarakat.

“Doktor pesan, saya mungkin kena sakit jiwa jika saya terus terima panggilan telefon.

“Satu hari tak kurang 100 panggilan masuk dengan pelbagai masalah selain mesej menerusi WhatsApp,” kongsi beliau di Facebooknya pada Selasa.

Beliau berkongsikan antara aduan yang diterimanya termasuk kes rogol, dera selain ditinggalkan pasangan serta anak.


Selain itu katanya, ada juga pengadu menghubunginya bagi bantuan kewangan susulan sakit, tidak mampu membayar bil dan sewa serta bantuan pendidikan.

“Macam-macam, ada kes bogel dan lucah, ditipu majikan, ditipu rakan kongsi, kes pecah amanah dan aduan kepada majikan.

“Doktor suruh saya rehat, jadi telefon saya akan ditutup selama 30 hari. Hanya panggilan kecemasan sahaja dibuka untuk kes kemalangan. Saya cuba tenangkan diri sebelum kembali berkhidmat,” katanya. – Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori