Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

“Saya Akan Ketuai Pasukan...

MELAKA - Pengurusan sebuah kolej antarabangsa di Bukit Sebukor di sini yang sebahagiannya...

Polis Tidak Sekat Kebebasan...

KUALA LUMPUR - Polis tidak pernah menyekat kebebasan bersuara rakyat termasuk untuk mengadakan...

Bilangan Pasangan Malaysia Bernikah...

KRABI - Bilangan pasangan rakyat Malaysia yang bernikah di Selatan Thailand tahun lepas...

Pemilihan FAM: Bakal Presiden...

UNDIAN popular yang dijalankan Berita Harian Online menyenaraikan tiga tokoh nasional sebagai calon...

Wujud Kesalahan Lain Dalam Kes Kehilangan Wang RM28.9 Juta

KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara (AGC) mendapati wujud kesalahan lain yang memerlukan siasatan lanjut dilakukan agensi penguatkuasaan berkaitan dalam kes kehilangan wang berjumlah US$6.94 juta (RM28.9 jita), yang diterima pada 28 September lalu daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dalam kenyataan hari ini, AGC memaklumkan bahawa pihaknya telah mengkaji dan meneliti kertas siasatan berkaitan kes berkenaan.

“Kertas siasatan telah dikembalikan untuk tindakan lanjut,” menurut kenyataan itu.

Media sebelum ini turut melaporkan bahagian pendakwaan AGC akan mengkaji dengan teliti dan menyeluruh kertas siasatan diterima pada 28 September daripada SPRM itu sebelum membuat keputusan sama ada membuat pertuduhan atau mengeluarkan arahan siasatan lanjut.

Pada 23 September lalu, Bernama melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil tiga pegawai kanan SPRM yang sebelum ini direman selama enam hari oleh SPRM, dan pemilik wang berkenaan iaitu bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid bagi melengkapkan siasatan berhubung kehilangan wang berkenaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori