Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

JPJ Nafi Anggota Bertindak...

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan dakwaan anggotanya bertindak samseng sewaktu...

Kecoh Keledek Vietnam Jadi...

SINGAPURA - Bahan kimia dikenali 'Agent Orange' tidak menyebabkan keledek bertukar menjadi hijau,...

Abang Johari Teruskan Agenda...

KUCHING - Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg dan anggota...

Negara Islam Bakal Bincang...

RABAT - Sesi ketujuh Persidangan Islam Menteri-Menteri Alam Sekitar yang bakal diadakan dari...

11 Ditahan, 230 Saman Dikeluarkan Dalam Op Mabuk, Samseng Jalanan

JOHOR BAHRU: Sebanyak 230 saman dikeluarkan kepada pengguna jalan raya membabitkan pelbagai kesalahan menerusi Op Mabuk dan Op Samseng Jalanan, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Johor, bermula 10 malam hingga 1.30 pagi tadi.

Ketua JSPT Johor, Superintenden Kumarasan Muniandy berkata, seramai 11 individu berusia 27 hingga 53 tahun ditahan mengikut Seksyen 45 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.

Menurutnya, penahanan itu dibuat menerusi operasi sekatan jalan raya yang dijalankan serentak di setiap Kontinjen Johor.

“Operasi kali ini dijalankan bagi memberi tumpuan khusus kepada isu mabuk dan samseng jalanan yang melibatkan kekuatan 16 pegawai kanan dan 83 anggota,


“Sebanyak 230 keping saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan melibatkan 736 pemeriksaan ke atas individu dan 573 pemeriksaan kenderaan,

“Bagi Op Samseng Jalanan pula, sebanyak 17 buah motosikal disita mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987, kerana disyaki terlibat dalam gejala rempit,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Awani-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori