Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Kes Ikat Kanak-kanak Di...

KUALA LUMPUR - Empat wanita ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes tiga kanak-kanak...

Fattah – Fazura Bertunang,...

BELUM apa-apa lagi, dah bermacam-macam spekulasi dibuat mengenai hubungan cinta antara hero dan...

AlHijrah Big Studio Cyberjaya...

CYBERJAYA - Studio rakaman penyiaran dan perfileman AlHijrah Big Studio (ABS) di sini,...

Covid-19 (11 Julai): 3,264...

Sebanyak 3,264 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,595,974.Ikuti Mynewshub: TelegramJumlah...

120,000 Buruh Asing Hanya Penuhi 30 Peratus Sektor Perladangan

PUTRAJAYA : Kira-kira 120,000 daripada lebih 280,000 pekerja asing yang sudah mendaftar dalam Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) terdiri buruh untuk sektor perladangan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata golongan itu bagaimanapun hanya menyumbang kepada antara 20 hingga 30 peratus daripada keperluan sebenar tenaga buruh dalam sektor perladangan negara.

Beliau berkata, pekerja asing itu juga sememangnya sudah berada di negara ini dan majikan lama mahu mengambil mereka untuk kembali bekerja.

“Daripada 280,000 ini, sebanyak 120,000 untuk perladangan. Mereka yang mendaftar ini memang berada di sini.

“Jumlah 120,000 hanya memadai untuk 20 hingga 30 peratus daripada jumlah tenaga kerja yang diperlukan dalam sektor perladangan,” katanya selepas melancarkan Pusat Satelit ESD di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini.

Media semalam melaporkan, masalah lambakan lebih 200,000 pekerja asing yang memohon untuk bekerja semula menerusi Program RTK dijangka selesai pada akhir tahun ini.


Hamzah dilaporkan berkata, keutamaan diberikan kepada pekerja lengkap vaksinasi, selain bergantung permohonan majikan di sektor perkilangan, pembinaan, pertanian serta peladangan.

Hamzah berkata, walaupun Kementerian Sumber Manusia sebelum ini mengumumkan kira-kira 32,000 tenaga buruh asing akan dibawa masuk ke Malaysia untuk bekerja di sektor perladangan, masih belum ada yang tiba setakat ini.

“Ramai yang keliru, untuk pekerja perladangan masuk dari luar negara, secara realistik 32,000 ini tidak cukup untuk sektor perladangan.

“Sektor itu memerlukan angka yang lebih besar dan pada waktu ini kita berdepan penularan COVID-19 dan prosedur membawa masuk pekerja asing juga diperketatkan,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori