Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Model Ruby Rose Putus...

MODEL dan pelakon kelahiran Australia, Ruby Rose dilapor sudah berpisah dengan kekasih lesbiannya,...

Menghadapi Keguguran Cahaya Mata

MENGHADAPI kehilangan permata anda dan pasangan adalah tempoh yang sukar dan mencabar untuk anda...

Anggota PAC menjadi Anggota...

PENGARAH Komunikasi Strategik Barisan Nasional, Dato' Abdul Rahman Dahlan hari mengeluarkan satu kenyataan media bagi...

Foto Separa Bogel Zul...

MEMANG benar kata orang, artis dan kontroversi memang tidak dapat dipisahkan. Maka tidak...

13 Kawasan Sekitar KL Alami Gangguan Bekalan Air

KUALA LUMPUR: Sejumlah 13 kawasan sekitar Kuala Lumpur mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan insiden paip pecah yang berlaku di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) pagi tadi.

Air Selangor dalam satu kenyataan memaklumkan bekalan air telah ditutup jam 11.30 pagi tadi bagi memastikan kerja-kerja pembaikan paip dapat dilaksanakan.

“Kerja-kerja pembaikan dijangka siap sepenuhnya pada jam 11.30 pagi, 10 November 2021.

“Para pengguna akan mula menerima bekalan air secara berperingkat-peringkat selepas kerja-kerja siap dilaksanakan,” memetik kenyataan itu, hari ini.

13 kawasan yang terlibat ialah:

1. Taman Muda

2. Taman Bukit Permai

3. Taman Bukit Pandan

4. Kg Cheras Baru

5. Taman Mawar

6. Taman Seraya

7. Taman Mega


8. Taman Bukit Teratai

9. Taman Melur

10. Taman Saga

11. Taman Putra

12. Pandan Mewah

13. Taman Mestika

Air Selangor juga akan menggerakkan lori-lori tangki ke kawasan yang terjejas dengan keutamaan diberikan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, pusat dialisis dan upacara pengebumian.

Justeru, para pengguna dinasihati mematuhi penjarakan fizikal dan sentiasa memakai pelitup muka semasa mengambil bekalan air daripada lori-lori tangki.

Pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300 untuk mendapatkan maklumat terkini dari semasa ke semasa.

Awani-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori