Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi...

KUALA LUMPUR - Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pagi ini namun susut kemudiannya...

HSR Mampu Beri Kesan...

KUALA LUMPUR - Projek penting boleh melonjakkan pertumbuhan pengeluaran negara, peluang pekerjaan dan...

1,000 Polis Bertugas Sempena...

IPOH - Seramai 1,000 pegawai dan anggota polis ditugaskan untuk mengawal keselamatan di...

Penyamun Sasar Pemandu Wanita...

GOLONGAN wanita dan mereka yang memiliki kenderaan mewah perlu lebih berhati-hati apabila sekumpulan...

251,012 Murid Di Kedah Mulakan Persekolahan Bersemuka Hari Ini

ALOR SETAR: Sejumlah 251,012 murid dan pelajar dari 752 sekolah rendah dan menengah di Kedah hari ini memulakan hari pertama persekolahan secara bersemuka dengan penggiliran selepas negeri ini beralih ke Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Pengarah Pendidikan Kedah Rozaini Ahmad berkata daripada jumlah itu, seramai 154,214 murid adalah tahun satu hingga enam manakala 96,798 orang lagi merupakan pelajar sekolah menengah melibatkan kelas peralihan serta tingkatan satu hingga empat.

“Untuk sekolah rendah yang beroperasi hari ini ialah sebanyak 548 dan sekolah menengah yang beroperasi hari ini pula adalah sebanyak 204 dengan menjadikan keseluruhan sekolah ialah 752 sekolah beroperasi hari ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pengoperasian institusi pendidikan yang berada di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di Kedah, Perlis, Perak, Pulau Pinang dan Sabah mengikut ketetapan pengoperasian fasa empat PPN itu akan bermula hari ini dan esok.


Pengoperasian sekolah itu, di Kedah bermula hari ini manakala Perak, Perlis, Pulau Pinang dan Sabah pula bermula esok.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori