Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Rumah Tempat Paling Berbahaya...

VIENNA - Lebih dari separuh wanita yang maut dibunuh tahun lalu menemui ajal...

Sultan Johor Terima Replika...

MERAFAK SEMBAH... Sultan Johor baru-baru ini menerima sebuah hadiah ukiran kayu berbentuk motosikal...

Wanita, Adik, Didakwa Bunuh...

KAJANG - Seorang wanita dan adik lelakinya dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini  hari...

Wajib Bogel Untuk Masuk...

CANBERRA — Lazimnya ketika menghadiri sesebuah pameran karya seni, pengunjung perlu berpakaian kemas namun,...

2,979 Graduan UTeM Terima Ijazah

DURIAN TUNGGAL : Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) membawa kelainan pada pesta konvokesyennya kali ini dengan konsep TUAH Virtual Convo Fest 2012 (TUAH VCF’21) yang menyaksikan seramai 2,979 graduan bakal diraikan.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTeM, Prof Dr Ghazali Omar, berkata pesta konvokesyen dijenamakan semula dengan semua program semasa dibuat secara dalam talian melalui siaran langsung menerusi laman Facebook (FB Live) MyHEP UTeM.

Beliau berkata, bagaimanapun, konvokesyen kali ke-16 itu tetap diadakan secara fizikal selama empat hari bermula 9 hingga 12 Disember ini dengan menetapkan hanya ibu bapa dibenarkan masuk ke dewan serta mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Perasmian konvokesyen kali ini akan disempurnakan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad secara dalam talian pada Rabu ini.

“Ada lapan sesi diadakan bagi empat hari berkenaan mengikut norma baharu dan hanya kira-kira 1,700 tetamu yang diundang ke setiap sesi konvokesyen berkenaan,” katanya pada sidang media di UTeM, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof Dr Zulkifilie Ibrahim dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Datuk Dr Sabri Mohamad Sharif.


Ghazali berkata, pada konvokesyen kali ini, seramai 21 graduan akan dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat (PhD) diikuti dua graduan Ijazah Doktor Kejuruteraan, Ijazah Sarjana (190), Ijazah Sarjana Muda (2,254) dan diploma (512).

Katanya, jumlah ini sekali gus menjadikan sebanyak 55.3 peratus graduan pada tahun ini adalah graduan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

“Bagaimanapun terdapat dua anugerah khas yang akan disampaikan kali ini membabitkan Anugerah Pelajaran Diraja dan Anugerah Hadiah Canselor.

“Bagi Anugerah Pelajaran Diraja akan diberikan kepada dua graduan daripada Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawan (FPTT) serta Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK), manakala Anugerah Hadiah Canselor diberikan kepada dua graduan dari FPTT dan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE),” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori