Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Harta Karun Bernilai RM8.4...

CARTAGENA: Pihak berkuasa Colombia mengumumkan penemuan sejumlah harta karun dianggarkan bernilai sekitar AS$2...

Kerajaan Komited Bantu Program...

PEKAN - Kerajaan komited untuk membantu memperkasakan sukan bola sepak di negara ini...

Rakyat Rohingya Sokong Pasukan...

DEMAM bola sempena Sukan Sea 2017 Kuala Lumpur masih lagi terasa. Ini bukan...

Semoga UMNO Terus Memayungi...

PETALING JAYA : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru semua ahli...

4,879 Kes Baharu, 61 Lagi Kematian

KUALA LUMPUR: Kes COVID-19 di Malaysia merekodkan angka di bawah 5,000 kes buat tiga hari berturut-turut selepas mencatatkan 4,879 kes dalam tempoh 24 jam lepas.

Begitupun, jumlah kes pada Selasa dilihat meningkat hampir 800 kes berbanding 4,087 pada Isnin sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia kini adalah sebanyak 2,632,782 kes.

Maklumat terbaharu itu dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi ciapan di Twitternya pada Selasa.

“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW.

“Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam,” tulisnya dalam ciapan tersebut.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 61 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.


Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu kepada 30,370 orang daripada 2,622,024 kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, 15 daripada 61 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID).

BERITA LANJUT MENYUSUL

Awani-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori