Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

“Wenger In” Atau “Wenger...

ARSENE Wenger menghadiahkan Piala FA pada musim ini ketika penyokong Arsenal heboh mahu...

Menteri KDN Tak Tahu...

PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengakui beliau tidak melihat...

‘Malu Besar’ Salah Tarikh...

SEORANG gadis telah membuatkan dirinya nampak sedikit bodoh selepas tersalah tarikh temuduga dengan...

Mahathir Pastikan Anwar Tak...

DIFAHAMKAN dalam mesyuarat Pakatan Harapan untuk membincangkan calon Perdana Menteri, berlaku ketegangan antara...

77,010 Terima Dos Penggalak Di Johor

ISKANDAR PUTERI – Seramai 77,010 penduduk negeri ini telah menerima suntikan ketiga vaksinasi Covid-19 atau dikenali sebagai dos penggalak sejak ia mula dilaksana pada 13 Oktober lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, vaksin yang digunakan untuk pemberian dos penggalak adalah jenis Cominarty (Pfizer).

“Buat masa ini, pemberian dos penggalak dilaksana bagi penerima vaksin Cominarty sekurang-kurangnya enam bulan yang lalu dari dos kedua dan penerima vaksin Sinovac sekurang-kurangnya tiga bulan dari dos kedua.

“Dos penggalak ini diutamakan kepada anggota barisan hadapan (kesihatan dan keselamatan), warga emas berusia 60 tahun dan ke atas, individu berusia 40 tahun dan ke atas dan golongan komorbid berusia 18 tahun ke atas,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Jimmy Puah Wee Tse (PH-Bukit Batu); Ng Yak Howe (PH-Ng Yak Howe); Dr Faizul Amri Adnan (PH-Serom); Yeo Tung Siong (PH-Pekan Nanas) dan Cheo Yee How (PH-Perling) berhubung pemberian suntikan dos penggalak di negeri ini.

Tambah Vidyananthan lagi, pemberian suntikan dos penggalak akan diperluas kepada semua penduduk apabila telah melepasi tempoh yang disyorkan selepas menerima vaksin dos lengkap.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori