Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Ahmad Zahid Belanja Aiskrim,...

BAGAN DATUK - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memang gemarkan aiskrim dan...

Isu 1MDB Mungkin Konspirasi...

KUALA LUMPUR - "PAS kekal menjunjung prinsip kebenaran dan amanah serta menolak fitnah...

Lahir Tanpa Otak, Budak...

SEORANG budak lelaki yang dilahirkan tanpa otak telah menunjukkan keajaiban dan mengejutkan dunia...

Akta Hasutan Bukan Alat...

Melalui laman blog peribadinya, bekas Perdana Menteri Malaysia kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi...

Akuan Tentang Rasuah Langkah Ke Hadapan PN

MELAKA : Tindakan semua 28 calon Perikatan Nasional (PN) yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka menandatangani dokumen aku janji menentang rasuah malam tadi adalah satu langkah ke hadapan, kata Pengerusi PN negeri, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen.

Mohd Rafiq yang juga Naib Presiden BERSATU berkata PN menjadi gabungan pertama melakukan tindakan itu dalam memastikan setiap calonnya menjauhi aktiviti rasuah yang mampu memberi kesan negatif kepada bukan sahaja rakyat tetapi juga pembangunan negeri itu.

“Usaha PN ini adalah satu usaha yang baik dalam membuktikan komiten kita yang memang telus mahukan satu kerajaan dan pemimpin berintegriti sekiranya diberi mandat nanti,” katanya hari ini.

Dalam perkembangan lain, calon PN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas itu menjelaskan insiden bilik gerakan ditutup dan dikompaun kerana kes positif COVID-19 membabitkan seorang petugas jentera parti itu tidak mengganggu perjalanan kempennya.


“Kita terima kecuaian itu (tidak mengeluarkan pengimbas suhu) dan kita akan jelaskan kompaun. Bagi bilik gerakan, kita sudah wujudkan bilik lain yang juga di dalam DUN Telok Mas. Kita sentiasa bersedia dengan pelan kecemasan sekiranya perkara sebegini berlaku,” katanya.

Pada hari pengundian 20 November ini, Mohd Rafiq berdepan saingan empat penjuru menentang Muhammad Ariff Adly Mohammad (Bebas), Ashraf Mukhlis Minghat (PH) dan Abdul Razak Abdul Rahman (BN).

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori