Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pemilik Telco Mengaku Bersalah...

IPOH - Pemilik sebuah syarikat telekomunikasi mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini...

Isu Tok Lebai: Azmin...

KUALA LUMPUR - Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mengingatkan Dewan Muslimat PAS...

Aidilfitri Luar Jangka, Peningkatan...

KUALA NERUS: Sambutan Aidilfitri luar jangkaan dan peningkatan jumlah kenderaan menjadi punca kebanyakan...

EPU Buat Kajian Tangani...

JELI : Kerajaan melalui Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) akan...

Lelaki Dipercayai Along Maut Kena Tetak

Seorang lelaki yang dipercayai sebagai along maut selepas ditetak di hadapan sebuah kopitiam di Bandar Baru Bukit Tinggi, Klang, semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Shamsul Amar Ramli berkata pihaknya menerima laporan kejadian itu pada jam 12.34 tengah malam.

“Siasatan awal mendapati lelaki yang berumur 47 tahun itu datang ke kopitiam berkenaan pada 11.50 malam bersama dua anaknya yang berumur 10 dan 18 tahun.

“Ketika hendak membuka pintu kereta selepas selesai makan, dia dipercayai didatangi tiga lelaki bersenjatakan parang dengan dua daripadanya menetak mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mynewshub


Menurut Shamsul Amar lelaki terbabit melarikan diri ke arah celah kereta yang di parkir di kawasan tersebut sebelum meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya ketiga-tiga suspek pula melarikan diri menaiki sebuah kereta yang menunggu mereka di tepi jalan menghala ke arah Persiaran Batu Nilam, Klang.

“Kejadian itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, manakala usaha mengesan kesemua suspek sedang diteruskan,” katanya. – Bernama

Polis Masih Buru Pembunuh Nurin Jazlin Walaupun 14 Tahun Berlalu

IKUTTI TWITTER MYNEWSHUB DI SINI 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori