Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Anifah Ke Brunei Rundingan...

KUALA LUMPUR - Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman mengadakan lawatan kerja ke...

70% Pembiayaan Sewa Beli...

KUALA LUMPUR - Bank-bank komersial di Malaysia memberi jaminan akan terus menyediakan pembiayaan...

Harga Siling Vaksin Covid-19...

KUALA LUMPUR - Harga maksimum bagi setiap satu vaksin Fasiliti Akses Global Vaksin...

Shuib Kongsi Berita Gembira,...

ALHAMDULILLAH.. semakin bahagia dan murah rezeki pelawak, Shuib Sepahtu dan juga isterinya yang...

AS Kecam Serangan Dron Kediaman PM Iraq

WASHINGTON : Amerika Syarikat (AS) mengecam serangan dron yang menyasarkan rumah Perdana Menteri Iraq Mustafa Al-Kadhimi, kata Jurucakap Jabatan Negara AS Ned Price.

“Kami lega apabila mengetahui Perdana Menteri tidak cedera. Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan keganasan itu,” kata Price dalam satu kenyataan, lapor Sputnik.

Beliau berkata, AS turut berhubung rapat dengan pasukan keselamatan Iraq dan menawarkan bantuan untuk menyiasat serangan itu.

Pada Ahad pagi, Al Arabiya melaporkan serangan dron menyasarkan rumah Perdana Menteri Iraq Mustafa Al-Kadhimi. Al-Kadhimi bersama beberapa pengawal keselamatannya dilaporkan cedera ringan.

Sementara itu, agensi berita Shafaq melaporkan tiga daripada pengawal keselamatan perdana menteri cedera.


Menurut Al Arabiya, terdapat juga insiden berbalas tembakan berhampiran Zon Hijau di Baghdad. Menurut sumber keselamatan dron yang menyasarkan rumah Al-Kadhimi berjaya dipintas.

Al-Kadhimi menerusi Twitter berkata beliau dalam keadaan baik dan meminta semua bertenang demi Iraq.

-Awani

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori