Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Bank Pembangunan Sarawak Mula...

KUCHING – Bank Pembangunan Sarawak (DBOS), milik kerajaan negeri Sarawak dengan modal berbayar...

15 Gadis Diberi Dadah,...

KESENGSARAAN 15 gadis yang menjadi mangsa rogol berkumpulan 20 lelaki dalam beberapa kejadian...

K’jaan P.Pinang Perjelas Masalah...

GEORGE TOWN - Kerajaan DAP Pulau Pinang hari ini dituntut supaya memberi penjelasan...

Keluarga Mangsa Bot Karam...

KELUARGA warga Malaysia, Cheong Kin Chin yang juga mangsa tragedi bot tunda yang...

Vaksin Bangladesh Dapat Kelulusan Ujian Terhadap Manusia

DHAKA – Vaksin Covid-19 buatan tempatan pertama Bangladesh menerima kelulusan untuk menjalankan ujian terhadap manusia.

Bangavax, vaksin yang dibangunkan syarikat farmaseutikal tempatan Globe Biotech mendapat kelulusan daripada Majlis Penyelidikan Perubatan Bangladesh (BMRC) pada Selasa, lapor Xinhua.

“Kami dapat kebenaran daripada BMRC untuk lakukan ujian kepada 64 peserta dewasa yang sihat,” kata pegawai kanan Globe Biotech, Mohammad Mohiuddin.

Beliau berkata BMRC turut memaklumkan bahawa syarikat itu akan diberi kebenaran untuk vaksin itu digunakan secara meluas jika ujian fasa dua dan fasa tiga menunjukkan keselamatan serta keberkesanan.


Globe Biotech memohon kelulusan untuk menjalankan ujian terhadap manusia pada 1 Nov dan ujian ke atas monyet mendapati vaksin itu menghasilkan “keputusan memberangsangkan”.

Vaksin itu dilaporkan boleh disimpan pada suhu empat darjah Celsius selama sebulan dan -20 darjah Celsius sehingga enam bulan.- Bernama

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori