Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Itali Dilanda Gempa Bumi...

GEGARAN kuat 6.6 skala richter melanda Norcia, Itali sehingga memusnahkan beberapa bangunan berhampiran,...

Mangsa Banjir Di Melaka...

MELAKA - Jumlah mangsa banjir di dua pusat pemindahan di Jasin dan satu...

UMNO Masih Yang Terbaik,...

JOHOR BAHRU - Pihak yang tidak bersetuju dengan kerajaan sekarang, sepatut bersama membantu...

Kaunter Imigresen UTC N....

SEREMBAN - Operasi kaunter permohonan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) Jabatan Imigresen di Pusat...

Bekas COO Didakwa Pecah Amanah Lebih RM1.28 Juta

KUANTAN: Seorang bekas Ketua Pegawai Operasi (COO) sebuah syarikat di Kawasan Perindustrian Gebeng di sini, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan pada Rabu, atas 38 pertuduhan melakukan pecah amanah wang milik majikannya berjumlah kira-kira RM1.28 juta, empat tahun lalu.

Ng Siew Eng, 62, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Mohd Kafli Che Ali.

Siew Eng didakwa melakukan semua kesalahan itu antara jam 8 pagi hingga 5 petang, dari bulan Julai hingga Oktober 2018 di Urban Environmental Industries Sdn Bhd, dengan menyalahgunakan kedudukan sebagai Ketua Pegawai Operasi syarikat dengan mengeluarkan cek bagi ahli keluarganya dengan nilai keseluruhan RM1,285,846.

Tertuduh didakwa mengeluarkan 38 keping cek bernilai di antara RM3,730 hingga RM110,036 atas nama diri sendiri, suami dan dua anak selain digunakan untuk membayar hutang kad kredit.

Pendakwaan mengikut Seksyen 408 kanun Keseksaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Syarifah Nursyuhada Tuan Mamat, manakala tertuduh diwakili peguam, Shah Rizal Abdul Manan.


Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM36,600 dan dikehendaki menyerahkan pasport kepada mahkamah serta melapor diri setiap bulan di balai polis berhampiran sementara menunggu tarikh perbicaraan.

Mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 6 Januari tahun depan.

Awani-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori