Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Luahan Hati Seorang Wanita...

WALAUPUN baharu seminggu meninggal dunia, kasih seorang wanita terhadap bekas arwah teman lelaki...

Rezeki Gadis OKU Jual...

KEMAMAN - Sejak berita kegigihan seorang gadis orang kelainan upaya (OKU) jual kuih...

Azrel Ismail Akui Setahun...

PELAKON Azrel Ismail akhirnya mengakui bahawa dia dan Ruhainies sememangnya sedang bercinta selepas sering...

Pengetua Sekolah Penuhi Matlamat...

ARAU - Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bertitah agar pengetua sekolah...

BERSATU Tak Bertanding Di PRN Sarawak

PAGOH : Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan parti itu tidak bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, bulan depan.

Sebaliknya kata beliau, BERSATU akan membantu Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam pilihan raya negeri berkenaan pada 18 Disember nanti.

Beliau berkata, perkara itu diputuskan ketika perbincangan bersama Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg, yang juga Presiden GPS.

“Kita sudah ada perbincangan dengan Abang Johari beberapa hari sebelum pengumuman PRN Sarawak dibuat.

“Kita bincang di peringkat parti, yang kita tidak akan bertanding di PRN Sarawak. Kita dah buat keputusan. Yang penting kita nak tentukan parti di Sarawak menang dengan cemerlang,” katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Persidangan BERSATU Bahagian Pagoh, di Dewan Serbaguna Lenga, di sini, hari ini.

Gabungan Parti Sarawak (GPS) semalam mengumumkan akan bertanding di semua 82 kawasan DUN Sarawak pada PRN itu.

PRN Sarawak ditetapkan pada 18 Disember dengan penamaan calon ditetapkan pada 8 Disember manakala pengundian awal 14 Disember.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori